MANUSIA AKAN BERHENTI MEMUJI !

MANUSIA AKAN BERHENTI MEMUJI !  |  Buat sesiapa yang terlalu mahukan pujian, aku nak pesan satu perkara yang mana mungkin orang lain tak mau pesan atau ingatkan dekat korang mengenai manusia tidak selamanya akan memuji . Selalunya manusia akan memuji hanya untuk seketika, kerana di situ pasti ada bisikan jahat untuk memberhentikan pujian tersebut dan menggantikan ia dengan kutukan kepada Anda .
MANUSIA AKAN BERHENTI MEMUJI !


Jangan terlalu mengharapkan pujian manusia , kerana hati manusia tidak selalunya sama sehingga ke akhirnya . Pujian manusia itu bersebab. Harta kamu, Akhlak kamu , Wang kamu, Rumah Kamu antara sebab diri mu di puji . Jarang sekali manusia memuji kerana usaha kamu dan betul-betul kerana kamu .

Wahai manusia, jangan sesekali inginkan pujian manusia, sebab ia pasti menjadi racun kepada kamu andai kamu salah langkah dalam menanganinya . Berpijaklah di bumi yang nyata . aku tak ajak korang untuk bersangka buruk dengan manusia tetapi aku nak kita semua berwaspada dengan manusia di sekeliling . Ada ketika kita kuat kerana mereka dan ada ketika kita jatuh tersungkur juga kerana mereka .
MANUSIA AKAN BERHENTI MEMUJI !


Buatlah sesuatu bukan kerana pujian. Buatlah kerana Allah, Buatlah kerana kamu mahukannya bukan manusia lain yang suka kamu kerana kamu melakukannya. Ingat, pujian manusia itu racun dalam ibadah dan kerja kamu. Jangan cari pujian manusia .

Aku teringat kata-kata dato ramli Ms, pemusik terkenal tanah air . Dia bercakap ketika berpesan kepada pelajar Af 2016 . apa kata beliau ? " jangan kejar populariti,biar populariti yang datang kepada kamu " . Populariti terikat dengan kata-kata manis dan penuh dengan pujian dan sanjungan. jangan sesekali mengharapkannya kerana satu hari kamu akan penat menanti dan menunggu kerana tiada seorang pun yang mengingati kamu.

Ingatlah pesanan aku ini anda satu hari nanti berlaku kepada kamu dan ketika itu ingatlah Ubai pernah ingatkan aku tentang ini supaya aku tidak hanyut dalam pujian manusia .

Sekian.

Previous Post Next Post