BERUBAHLAH KERANA ALLAH !

BERUBAHLAH KERANA ALLAH !  |  Baru-baru ini heboh kisah mengenai dua insan yang terkenal di Malaysia yang berubah kearah kebaikan tetapi kini telah kembali kepada diri mereka yang asal. Kalau aku sebut dekat sini ramai yang boleh dan mampu untuk senaraikan . Insan hebat dan terkenal ini di uji oleh Allah ketika mereka masih baru dengan islam atau dengan bahasa mudah fitrah islam itu sendiri .

Berubah kerana Allah macam mana ?


Ya, kita mengaku kita isalam tetapi tak ramai orang islam merasai kehebatan dan keizzahan islam itu sendiri . Pendirian mereka berubah kembali kepada mereka yang asal satu perkara yang mengejutkan rakyat malaysia yang menyokong mereka ketika mereka dalam proses perubahan. Ramai yang memuji dan memberi kata-kata semangat kepada mereka ketika mereka mula-mula berubah . Mungkin kata-kata tersebut tidak cukup kuat untuk mengekalkan mereka dengan keadaan mereka tersebut .

baca juga : Bukan Mudah nak jadi Orang Baik .

Aku terfikir memandang satu kejutan bagi aku apabila seorang yang baik berubah kearah yang tidak baik . Aku terfikir apa salah kita sebagai pendakwah dalam menegur . adakah kita terlalu menilai orang berdasarkan sejarah hidup seseorang . aku juga terfikir,kenapa apabila ada orang buat baik pasti akan ada mulut-mulut jahat yang cuba menjatuhkan kita . Aku tahu, penerimaan manusia itu berbeza apabila menerima berita kebaikan seseorang . Tetapi kenapa kita pilih untuk mencerca berbanding kita duduk dengan golongan yang memuji .bukankah itu lebih baik .




Aku tahu, mungkin salah orang yang berubah apabila dia mengambil komen-komen negatif di media sosial sebagai sesuatu perkara serius . Aku dah lama dalam media sosial dan aku juga telah banyak kali tulis yang aku sudah muak dan bosan dengan orang-orang yang negatif di media sosial atau dengan kata lain orang yang cuba mencari kesalah orang lain walaupun kita buat baik dengan mereka .

Baca juga : Marah Dengan Pengguna Media Sosial , Adab di Media sosial .

Kalau diri kita nak berubah, jangan bagitahu sapa-sapa . Duduklah dengan orang yang baik-baik .Para alim ulama, para asatizah yang ada sudah pasti mereka akan membantu kita. jangan terlalu bergantung dengan media sosial. sebab pasti ada yang tidak puas hati dengan kita . kalau kita kuat dan mampu hadapi kritikan-kritikan orang lain, maka teruskanlah niat untuk memberi tahu dunia media sosial yang anda telah berubah.

Aku teringat satu kisah yang berlaku sewaktu Saidina Umar ingin berhijrah ke madinah . Sewaktu sahabat-sahabat lain mengambil keputusan untuk berhijrah secara sir iaitu secara rahsia, Saidina umar mengambil keputusan untuk memberi tahu orang ramai mengenai penghijrahannya di kota mekah . Saidina Umar al-khattab seorang yang berani dan orang lain tidak berani menentang beliau . jadi ketika keadaan seperti itu maka tiada halangan untuk kita hebah kan perubahan kita kepada orang ramai . kalau tidak kuat, maka lebih baik kita dan orang yang kita percaya sahaja yang mengetahuinya .

Media sosial penuh dengan fitnah setiap hari , kitalah yang pilih sama ada mahu kebaikkan atau keburukkan . Lagi satu , kalau kita mahu berubah, berubahlah kerana Allah . Aku tahu, ia susah dan sangat susah. Ada manusia yang berubah kerana mengambil semngat kawan-kawan dan akhirnya dia futur dan kecundang . ada yang berubah kerana pangkat dan perniagaannya, aku bimbang ia juga akan jatuh kerana pangkat dan perniagaan tidak sehebat kuasa tuhan .

Sebab itu lah kita di sarankan untuk berubah kerana Allah kerana ALLAH sahajalah yang kenal batang tubuh kita. Mana yang baik untuk kita dan mana yang buruk untuk kita , hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Bersembanglah ,berdoa lah kepada Allah, nescaya ALLAH mendengarnya . yakinlah insyaallah hati akan tenang dan proses perubahan akan berlaku dengan begitu lancar dan baik dengan izin Allah.

Jangan putus asa dengan rahmat Allah, sungguh rahmat Allah itu luas seluas-luasnya . Moga Allah mematikan kita dalam Islam dan memasukkan kita kedalam syurga .Aaamin

Sekian .

Jom like Page admin untuk info menarik !

2 comments.. read them below or add one

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)