BUKAN MUDAH NAK JADI ORANG BAIK !


ORANG BAIK I Menjadi orang baik sentiasa menjadi pilihan setiap manusia . Tak ada orang dalam dunia ni nak jadi jahat. Kalau yang jadi jahat tu pun mungkin terpaksa atau mungkin juga pilihan sendiri. Di tambah pula zaman serba serbi canggih dengan media sosialnya yang saban hari menguji kesabaran manusia yang menggunakannya.

Zaman sekarang susah nak mengaku baik dan senang untuk dituduh jahat. tak percaya ? korang boleh tengok dekat media sosial. Sebab apa aku selalu pilih media sosial ? sebab orang malaysia lebih gemar bersosial di laman sosial berbanding di luar atau bersama masyarakat.  baik kita balik kepada persoalan aku tadi, Bila korang buka sahaja page atau apa sahaja post di facebook, twitter dan sebagainya pasti akan ada komen negatif .

BUKAN MUDAH NAK JADI ORANG BAIK !


kadang-kadang , yang mengomen tu bukan tahu pun usul pangkal cerita. terus komen membabi buta. last-last malu sendiri. ada post yang baik , dituduh nak dapatkan like yang banyak . nak femes laa dan bla bla bla. tetapi hakikatnya kita yang menuduh mereka sedemikian baik sangat ker ?

Rakyat malaysia suka condem orang lain. dan dia akan puji menggunung orang yang seangkatan dengan dia sahaja . Kalau tak seangkatan, kau buat lah baik macam malaikat pun, orang tu tak akan pandang. Aku tak suka kalau benda baik pun di anggap tidak baik. macam mana kita nak sebarkan benda baik kalau ia di tafsirkan sebagai tidak baik oleh sesetengah pihak .

Aku selalu ingatkan , adil dalam menilai . mungkin aku juga adakala tidak adil dalam menilai tetapi cubalah untuk adil . kadang-kadang orang yang kita tidak suka buat sesuatu yang baik, apa salahnya kita memuji perkara tersebut . bukan sibuk mencari kekurangan di sebalik kebaikkan yang dia buat . satu contoh di media sosial . seorang perempuan bertudung labuh ambil gambar dan upload ke media sosial . apa pandangan anda ? apa yang terlintas kali pertama jika anda lihat gambar macam tu muncul di TL anda ?

" Perempuan bertudung gedik ? " " tak ada maruah " " pakai tudung saja tapi upload gambar ? "

atau mungkin korang fikir macam ni :

" alhamdulillah dia pakai tudung " " mungkin dia silap langkah kot, kita doakan baik-baik " atau " takpalah , aku pun bukan baik sangat "

macam-macam persepsi yang muncul bila sesuatu yang berlaku di depan mata kita, sebenarnya kita boleh memilih untuk ambil yang positif atau negatif. dan aku selalu tulis, orang melayu selalu pilih negatif dahulu baru positif . korang setuju dengan aku ?

Kesimpulan yang aku boleh buat hari ini adalah  bila orang buat baik, lihatlah dari sudut kebaikkan , kalau ada cacat cela dalam kebaikkannya, tegurlah dengan cara yang baik. tidak perlu pun state the obvious dari kekurangan yang dia buat di sebalik kebaikkan yang di lakukan. masyarakat melayu dan malaysia perlu berubah. elakkan daripada menjadikan media sosial sebagai media fitnah dan media caci maki.

akhir sekali , ingat kata-kata ini :


Dalam media sosial boleh buat pahala yang berkekalan dan boleh juga buat dosa yang berkekalan.#khutbahjumaatbaruni.
Posted by Kataubaid Ismail on Sunday, March 20, 2016

Sekian .
Jom like Page admin untuk info menarik !

1 comment... add one now

PeRdU cINta PeRdU cINta March 21, 2016 at 2:15 PM
moga kita tidak menilai dengan emosi tapi nilailah dengan kewarasan akal fikiran..

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)