KENAPA PEMUDA INI MEMINTA UNTUK DI MASUKKAN KE DALAM GOLONGAN YANG SEDIKIT ?

KENAPA PEMUDA INI MEMINTA UNTUK DI MASUKKAN KE DALAM GOLONGAN YANG SEDIKIT ?  |  Baru-baru ini , aku teringat satu kisah yang pernah aku dengar dari ustaz mengenai doa seorang pemuda yang meminta agar dia di masukkan kedalam golongan yang sedikit . Kisah ini berlaku pada Zaman Saidina Umar . jom aku ceritakan KENAPA PEMUDA INI MEMINTA UNTUK DI MASUKKAN KE DALAM GOLONGAN YANG SEDIKIT ?


Pada Zaman Saidina Umar, satu hari Beliau sedang tawaf dan tiba-tiba beliau mendengar seorang pemuda yang berdoa " Ya Allah, Masukkan aku ke dalam golongan yang sedikit " Saidina Umar mendengar doa tersebut lalu berasa hairan dengan doa pemuda tadi . Setelah selesai tawaf, Saidina Umar pun bertanya kepada pemuda terbabit kenapa berdoa sedemikian rupa .


KENAPA PEMUDA INI MEMINTA UNTUK DI MASUKKAN KE DALAM GOLONGAN YANG SEDIKIT ?
gambar sekadar hiasan 


Ini jawapan pemuda tersebut ,

“Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan KERANA AKU (BERASA) TAKUT DENGAN PENJELASAN ALLAH SEPERTI FIRMAN-NYA DALAM SURAH AL-A’RAAF AYAT 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi penghidupan.... (TETAPI) AMAT SEDIKITLAH KAMU BERSYUKUR.”  

Aku memohon untuk di masukkan kedalam golongan yang sedikit kerana sedikit sungguh orang yang bersyukur kepada Allah . Saidina umar mendengar penjelasan pemuda itu lalu beliau menepuk dahi nya dan berkata " wahai umar, jahilnya kamu, sedangkan orang ramai lebih alim dari engkau " .

Ulasan Penulis :

Setiap manusia di galakkan untuk bersyukur dan mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada kita . tetapi tak ramai yang mampu bersyukur atas nikmat yang di berikan. Semoga kita juga termasuk di dalam golongan yang sedikit yakni golongan mereka-mereka yang bersyukur kepada Allah .

Sekian .
Previous Post Next Post