PERCUTIAN DI PERLIS !

PERCUTIAN DI PERLIS ! | Bila bercerita mengenai percutian, mesti kita akan mula memikirkan beberapa tempat menarik yang kita nak pergi .Contohnya  Australia, London, Indonesia, singapore dan macam-macam lagi tempat di dalam mahupun di luar negara . saya pulak memilih untuk bercuti di dalam negara je sebabnya banyak lagi tempat yang tak di terokai sebelum menerokai luar negara pulak kan. Dalam edisi percutian di perlis ini. saya dan keluarga sempat menjelajah beberapa tempat terkenal di Perlis .

baca juga : Cuaca di Perlis Sangat Panas
PERCUTIAN DI PERLIS !

Perjalanan awal dimulakan pada hari tersebut kerana bimbang kesesakkan lalu lintas kalau lambat sampai ke destinasi . Saya memilih untuk menginap di Hotel seri Malaysia sebagai tempat penginapan saya di perlis. Sebab apa saya memilih Hotel seri Malaysia Perlis ? kerana sudah biasa dengan kawasan hotel tersebut dan juga suasana yang tenang dan tidak terlalu sesak dengan kenderaan dan orang ramai .

Selepas Check ini di Hotel Seri Malaysia , Saya mula menerokai kawasan-kawasan di sekitar Perlis. Bila sampai perlis, sudah pasti tempat utama yang akan di cari adalah Jeti Kuala Perlis. Tempat yang menjadi pangkalan feri membawa penumpang ke langkawi ini kelihatan baru dan cantik . Berbanding keadaan ketika saya pergi ke langkawi beberapa tahun yang lalu . Tapi bukanlah saya nak pergi ke Langkawi, hanya melalui kawasan tersebut sahaja sambil-sambil mencari laksa dan Ikan bakar . Lokasi tempat makan saya adalah di Medan Ikan Bakar Kuala Perlis .

Di sini, ada banyak kedai yang jual makanan-makanan laut. Ikan bakar, Sotong ,siput dan lain-lain lagi. Dekat sini, sudah pasti saya akan memilih menu ikan bakar dan beberapa menu lain . Antara yang menjadi pilihan ramai adalah siput lala dan juga mentarang . sedap ke ? Saya nasihatkan anda yang ingin datang ke sini supaya memilih waktu yang sesuai dan waktunya adalah untuk makan malam. Sambil makan, kita boleh menghirup udara segar dan angin tepi pantai kan.

Di Pendekkan cerita, keesokkan harinya saya menuju ke Padang Besar . Lokasi tumpuan rakyat malaysia untuk membeli belah dengan harga yang murah. Sebenarnya, kalau dulu-dulu mungkin ya sebab harga murah. sekarang, harga di Padang Besar pun lebih kurang harga di tempat-tempat lain . tak ada beza pun, mungkin ada sesetengah barang yang betul murah. Kalau macam jersi di padang besar ni, harga dia lebih kurang jer di tempat lain.

PERCUTIAN DI PERLIS !

Tempat seterusnya yang saya lawat adalah Wang kelian. tapi malangnya, masa saya pergi , tiada kedai yang buka. jadi patah balik lah. tapi jalan nak ke sana menakutkan juga, lebih rela pergi padang besar dari wang kelian. hehe jadi inilah coretan ringkas mengenai perjalanan percutian saya dan keluarga ke Perlis . Maaf sebab tak masukkan sekali kos perjalanan dan kos penginapan. Selamat bercuti .

Sekian.

**gambar google jer, malas nak transfer dari phone ke lappy. hehe

Jom like Page admin untuk info menarik !

1 comment... add one now

Mia Liana Mia Liana July 26, 2016 at 3:02 PM
belum pernah jejakkan kaki ke perlis lagi...

pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #24.

blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/07/senarai-url-blog-24.html

pemenang diumumkan pada 1.35 petang 26 April 2016

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)