TRAVEL : CUACA DI PERLIS SANGAT PANAS !

CUACA DI PERLIS I Kelmarin, aku dan keluarga sempat la pergi melawat Negeri Perlis Indera Kayangan. Negeri Perlis merupakan negari yang terletak paling atas sekali dalam peta Malaysia . Dengan perubahan cuaca sekarang ini, negeri-negeri di bahagian utara menerima tempiasnya juga. Sekarang ini negeri  di utara Malaysia mengalami cuaca Panas yang amat sangat. Puncanya kekurangan hujan.

Contohnya perlis, memang panas berbanding cuaca di Pulau Pinang . Suhu pulak telah mencecah 40 darjah celcius . Kalau korang nak melawat Perlis dalam masa terdekat, aku cadangkan korang banyak minum air, takut nanti tak kuat sebab panas sangat. Air membantu dalam memudahkan peredaran darah kita .

Tempat Menarik di Perlis

Aku pun terfikir, orang perlis ni tak rasa panaih ka ? hehehe pasti depa ni orang hebat-hebat . Allah uji tu tanda orang tu hebat. betul tak ? apa-apa pun jangan lupa untuk minta dekat Allah supaya di turunkan hujan .

Baru ni juga, ada berita melaporkan yang mana beberapa empangan di Malaysia mengalami penyusutan kuantiti air kerana kemarau. contohnya empangan Pulau Pinang mampu bertahan selama 77 hari sahaja mengikut berita tempoh hari .

Allah, besarnya dugaan. macam ni pun dah banyak kali mandi dan minum air, ini kan pula kalau tak da air langsung. semoga kita tidak kufur dengan ujian ini. jom buat solat istiskha iaitu solat minta hujan.mana nak tau , allah makbulkan doa kita.insyaallah .

sebenarnya ini hanya ujian mudah untuk hamba-hambaNya agar kita tahu erti bersyukur. Sebabnya, ada ketika kita suka sangat hujan,tetapi bila hujan berlebihan , manusia sibuk minta matahari. bila dapat matahari, manusia minta kembali hujan. macam mana kita nak bersyukur ? fikir-fikirkan lah yerr .

sekian
Jom like Page admin untuk info menarik !

2 comments.. read them below or add one

At-Tarmizi At-Tarmizi March 18, 2016 at 11:12 AM
kena banyak minum air masak cuaca panas macam ni =)
Nazihah@Jiha Nazihah@Jiha March 18, 2016 at 9:41 PM
kat keningau ni..kira okay jugalah huhuhu siang tu mmg agak panas skit tp malam sejuklah pula..saya letak air dalam baldi lpas tu letak dlm bilik, kac maintain suhu skit hihihi

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)