KISAH SELFIE 3 TAHUN DAHULU !


KISAH SELFIE 2 TAHUN LEPAS | Ini bukanlah cerita hantu atau cerita rekaan seram yang viral di media sosial, kalau korang nak share di alu-alukan. ini adalah cerita pengalaman aku sewaktu mula berselfie tiga tahun dahulu . satu perbezaan yang amat ketara berlaku di dalam masyarakat melayu dan masyarakat malaysia keseluruhannya .

Aku hanya nak ajak korang semua untuk imbau kembali kenangan tiga tahun lalu sewaktu ramai dari kalangan rakayat malaysia dan juga kawan-kawan kita masih lagi tidak meminati untuk bergambar secara selfie. Masa ni, ramai juga yang kecam aktiviti selfie ni. Antara komen yang aku terima dulu sebab rajin selfie.

KISAH SELFIE 3 TAHUN DAHULU !

" Tak da keja dok amik gambar muka dia ja "
" Kerja selfie jaa "
" tak elok letak gambar muka "

Tapi dari komen-komen inilah , aku lihat merka sendiri melakukan aktiviti selfie sekarang ni. banyak pula gambar yang mereka update berbanding aku dahulu. Banyak lagi gaya mereka ketika selfie berbanding sewaktu aku di kecam kerana suka berselfie. aku senyum sendiri .

3 tahun dahulu , bukanlah satu jangka masa yang lama, sekejap sahaja. tetapi teknologi berkembang dengan pantas. Peringkat awal mungkin janggal, tapi semakin lama menjadi kebiasaan, maka ia bukan kesalahan lagi . Aku suka cari orang yang suka kutuk aku dulu dan aku suka melihat apa yang berlaku kepada mereka.

KISAH SELFIE 3 TAHUN DAHULU !

Aku tersenyum sendiri, dulu orang cakap buang masa selfie ni . tetapi sekarang mereka yang sikit-sikit selfie. ahh, manusia semuanya sama, apa yang orang lain buat semua tak kena.tapi bila diri sendiri buat , maka itulah perkara terbaik mereka dalam hidup mereka. Bukan nak ungkit cuma , aku seronok tengok perubahan ketara manusia. sebab tu aku suka diam dan tengok apa yang berlaku. hehe

Korang ada perasan tak apa yang aku cerita ni ? kalau korang dah lama selfie , mesti korang perasan benda ni . aku pun sekarang dah kurang dah selfie. tengok orang selfie jer lah. . hehe

sekian.

Previous Post Next Post