PERKARA YANG TAK PATUT ORANG MELAYU BUAT DI BULAN RAMADHAN !


PERKARA YANG TAK PATUT ORANG MELAYU BUAT DI BULAN RAMADHAN | Didalam bulan ramadhan yang berbaki ini, ramai yang seronok menanti hari raya Aidil fitri . Ramai yang melakukan persiapan demi persiapan sehinggakan ramai yang meninggalkan tetamu yang sedia ada di rumah iaitu ramadhan .

Sedarlah, Ramdhan masih berbaki, jangan lah kita asyik dengan persiapan raya sehingga kita terlupa dengan Ramadhan. Tak boleh ke buat persiapan hari raya ? Jawapanya boleh, cuma lebih elok perasaan kita itu tidak terlalu gembira .Tunggu sahaja hari raya menjelma, maka bergembiralah kalian.

PERKARA YANG TAK PATUT ORANG MELAYU BUAT DI BULAN RAMADHAN

Antara Perkara yang tak patut orang melayu buat di bulan ramadhan adalah seperti berikut .

1. Pasang lagu raya ketika bulan Ramadhan .

Syeikh Nuruddin ada berkata, orang yang memaikan lagu raya ni seperti dia nak ramadhan cepat-cepat berlalu. sepatutnya , kita kena muliakan ramadhan bukannya syawal .

2. Timbulkan permusuhan antara satu sama lain .

Di baki bulan ramadhan ini ada juga insan-insan yang mula menimbulkan permusuhan antara satu sama lain. Ada yang bergaduh kerana tugasan rumah dan ada pula yang bergaduh kerana berebut rumah siapa yang patut di jadikan tempat menyambut Aidilfitri.

Usahlah menimbulkan permusuhan di bulan ramdhan, sungguh tidak berbaloi untuk kita melakukan demikian.

Di baki ramadhan ini,jangan lah asyik mengejar Aidilfitri, kita sepatutnya menunaikan hak ramadhan yang berbaki dengan melakukan amal ibadah, zikir dan sebagainya. Semoga ramadhan kita tahun ini lebih baik dari sebelum-sebelum ini.

Sekian.

Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)