PAGEVIEW BLOG !

PAGEVIEW BLOG I Kalau bukan blogger, korang mesti tertanya apa itu pageview blog ? Pageview blog adalah jumlah orang yang datang ke blog kita setiap masa . Ia di kira sama ada mengikut hari, minggu dan bulan .Pageview inilah kekuatan bagi seorang blogger dalam menempuh hari-hari yang sukar sebagai seorang penulis blog .

Adakala Pageview mencanak naik, adakala pageview menjunam jatuh melutut ke bumi . Tetapi itulah lumrah kehidupan seorang blogger . Ada yang putus asa bile Pageview menjunam jatuh . ada yang gembira bila Pageview mencanak naik. tetapi ia adalah atas usaha kita juga dan rezeki yang telah di tetapkan oleh Allah kepada kita .

lelaki hensem

Aku nampak sekarang ini,ramai blogger yang mempunyai Pageview yang banyak . Macam mana tau ? haha depa post dekat fb dan blog, jadi aku baca la. hehe takda maknanya aku nak hack atau stalk sorang-sorang. hehe aku seronok tengok pageview blog kawan-kawan aku yang mencanak naik menggunung setinggi gunung kinabalu. waah, over nii . kalau nak compare dengan pageview aku, memang korang menanglah. hehe

Cara nak naikkan pageview blog

Aku tahu ia bergantung pada hasil usaha blogger itu sendiri .kalau nak berjaya dan banyak pageview, maka kenalah rajin-rajin update entri . Aku harap dengan penulisan entri pageview dari rakan-rakan blogger akan menjadi batu loncatan untuk aku meloncat-loncat toing toing toing dalam dunia blog. hehe terima kasih kerana berkongsi ilmu dengan kami yang newbie ni. hehe

kalau korang blogger , aku nak tanya dan korang wajib jawab. Entri korang yang mana paling banyak pageview ? jom komen link entri tu, boleh aku terjah kan. hehe

sekian.

Previous Post Next Post