BOLEH KE MAKAN DI TEMPAT AWAM KETIKA SIANG HARI DI BULAN RAMADHAN ? DOSA TAK ?

Hukum makan di tempat awam bagi orang yang di beri keuzuran  | Kecoh isu yang berlegar dalam kalangan media sosial mengenai status facebook yang di keluarkan oleh seorang wanita yang beragama islam yang meminta agar haknya untuk makan di tempat awam ketika bulan ramadhan di tunaikan . Salah satu cabang ilmu yang bagi aku sebagai rakyat malaysia kena faham supaya apabila berlaku pada masa hadapan, kita tidak melenting lagi.

baca juga : Kelebihan kita menjaga Hati .

hukum makan di tempat awam bagi orang yang di beri keuzuran

Berkaitan isu Kenyataan tersebut, ramai netizen yang komen sama ada menyokong mahupun membantah apa yang di katakan oleh penulis terbabit. Cumanya Aku tertarik dengan jawapan ringkas dari Pencetus Ummah Rahmat Ihsan mengenai isu ini . Beliau menggunakan bahasa yang cukup mudah untuk kita fahami.


Memang tak salah kalau kita yang tak berpuasa makan di tempat awal ketika siang hari di bulan ramadhan. cumanya kita di ajar dengan adab yang baik dalam Islam. Apakah kita sudah lupa mengenai adab tersebut ? Islam sudah susun sesuatu perkara dengan begitu cantik dan Indah. Sehinggakan dalam bab puasa pun, Islam dah gariskan panduan yang sewajarnya agar kita di pelihara dari Dosa.

Sebenarnya tak ada kesan terhadap orang berpuasa apabila melihat orang yang makan di hadapan mereka ketika mereka berpuasa. Sebaliknya, orang yang makan di tempat awam ketika orang lain berpuasa itulah yang kelihatan pelik dan janggal. Sebab itulah Islam beri garis panduan untuk kita agar kita terpelihara dari sangka buruk antara satu sama lain.

Sekarang , aku nak ajak korang untuk baca ulasan dari Mufti Wilayah Persekutuan mengenai Isu ini bagi merungkai sedalam-dalamnya mengenai permasalahan ini. Semoga kita lebih memahami sesuatu hukum berdasarkan sumber yang sahih .





Macam mana sekarang ni ? sudah faham apa yang aku cuba sampaikan. Semoga sedikit ilmu ini mampu untuk memberi gambaran kepada kita mengenai hukum makan di tempat awam bagi orang yang di beri keuzuran ini . Tanamlah di dalam hati supaya kita sentiasa menjaga adab yang sudah di ajar di dalam Islam . Semoga kita terpelihara dari Fitnah yang semakin berleluasa ini.

sekian.

Jom like Page admin untuk info menarik !

1 comment... add one now

YB Shehan YB Shehan June 28, 2016 at 1:58 PM
kang nikah, g cium2 dpn pavilion. mana haram. boleh je. x dosa. tapi apa yang hilang? adab!

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)