PART PALING TAK BEST BILA TENGOK BOLA !

LIGA SUPER MALAYSIA I Malam ini berlaku banyak perlawanan membabitkan pasukan liga super .Aku pun tak lepaskan peluang untuk menonton perlawanan yang ada di television iaitu perlawanan antara kelantan dan Selangor . Perlawanan nampak seimbang walaupun kelantan bermain dengan 10 orang berpunca daripada kesalahan wan zack haikal yang mengasari pemain selangor sekali gus memperolehi kad merah.

Aku suka tengok bola , sebab bola sepak ni adalah salah satu permaianan yang buat korang ternanti-nanti apa yang akan berlaku seterusnya. Selain pada masa yang sama memerhati dan membaca tektikal pasukan yang bertanding. walaupun aku ni bukanlah pengulas sukan ,tetapi basic pasal bola sepak tu aku tahu .

kelantan vs selangor
gambar harian metro

Satu-satu perlawanan bola sepak yang berlangsung tidak lari dari mempersembahkan perlawanan yang baik ,kemas dan menarik.  Bermula dari Penjaga Gol,kemudian ke pertahanan,pemain tengah dan seterusnya ke penyerang . Tetapi persembahan menarik ini tercemar apabila ada pemain yang buat silap sama ada kesilapan itu dibuat secara sengaja atau tidak sengaja .

Selain itu, ada part-part dalam perlawanan bola sepak yang berlaku menyebabkan perlawanan bola sepak tersebut bertukar hambar dan bosan. salah satunya adalah , kedua-dua pasukan mula memperlahankan permainan. ia berlaku bila di minit-minit akhir perlawanan. Selalunya kalau team lawan tengah menyerang,pasti team yang bertahan akan memperlambatkan permainan.

Memang tidak menjadi kesilapan dalam permainan bola sepak, taknya refree bagi kad merah kalau melambatkan permainan ,kecuali goal keeper kalau melambatkan permainan,selalunya akan dapat kad kuning . Dari segi keadaan pemain pun kita dapat lihat,yang dia sengaja melengah-lengahkan permainan. bukan apa, nampak tak best la bola sepak tu,sebab satu team tengah attack bila dapat bola dekat team lawan ni, dia jadi perlahan .

Mungkin ini hanya pendapat aku, pendapat aku ni tak sehebat mana pun.cumanya aku kongsikan apa yang lihat dalam perlawanan bola sepak bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Luar Malaysia. tetapi dekat malaysia selalu berlaku macam tu. hehehe . apa-apa pun bola sepak malaysia masih baru nak naik balik setelah naik pada 2010 kemudian jatuh balik . kita doakan yang terbaik untuk pasukan kegemaran masing-masing dan juga pasukan lain.

sekian.

p/s : coretan atas ni hanya pendapat aku, jangan terasa dengan komen 20 sen ja ni. ohh yaa, korang dah tengok 10 Aksi Gol Epik & Paling Kelakar Yang Buat Korang Gelak Sampai Sakit Perut. Dahsyat! Tengok dekat sini .
Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)