DUIT MENGALIR BAGAIKAN AIR !

REZEKI BANYAK I Duit mengalir macam air terjun yang mencurah-curah. itulah yang di istillah kan kepada duit gaji bulanan  yang akan mencurah-curah dan kemudiannya hilang dari pandangan. Perasaan gembira ketika dapat duit gaji hilang apabila kita tunggu dan dia di habiskan begitu sahaja. Bil-bil dan hutang menjadi target utama duit gaji bulanan.

Tapi apakan daya, itulah tanggung jawab kita ke atas apa yang kita guna. contohnya kereta, moto , rumah dan sebagainya. kalau kita tak bayar, siapa lagi yang nak bayar. betul tak?  jadi kita relakan sahaja walaupun hati rasa berat. Tetapi ada satu kes bila mana kita perlukan duit, masa itu jugalah pelbagai manusia datang untuk meminta duit.

REZEKI BANYAK I

Adakala kita ingin membeli sesuatu, tiba-tiba adalah insan yang datang meminta kita duit . Mungkin juga duit pinjaman pelajaran dan sebagainya. kadang-kadang rasa macam ada orang plan benda ni.dalam hati mesti cakap " on time jer " semua benda ni nak mai. hehe hakikatnya itulah percaturan Allah kepada hamba-hambanya. kita kena redha dan mengutamkan perkara yanng lebih penting.

itulah konsep rezeki bagi manusia, duit kita bukan 100% milik kita, ia ada milik orang lain. jika ada rezeki lebih kongsikan dan berikan kepada mereka yang memerlukan . Semoga rezeki kita bertambah-tambah dan di berkati.

sekian.


Previous Post Next Post