TAWARAN BUAT MANUSIA !


TAWARAN BUAT MANUSIA I Kita selalu mengharapkan ganjaran dari seseorang . Kadang-kadang kita  juga sering mengungkit apabila kita tidak mendapat ganjaran dari orang lain. Ingatlah, kita hidup ini penuh dengan tawaran untuk kita menerima ganjaran. Jangan terlalu mengejar ganjaran dari manusia sehingga kita terlupa ganjaran dari Tuhan.
TAWARAN BUAT MANUSIA !

Kita di tawarkan ganjaran yang banyak andai kita selesai melakukan sesuatu pekerjaan .Seorang Bos di sebuah syarikat memberi tawaran kepada pekerja-pekerja nya untuk membantu meningkatkan produktiviti syarikat mereka .

Seorang ayah, memberi tawaran kepada anak-anaknya agar anak-anaknya mendengar kata. tawaran selalu datang bersama ganjaran yang menarik. tidak pernah ,sebuah tawaran yang menarik didatangi bersama dengan ganjaran yang buruk .

Apabila kita melaksanakan tawaran tersebut, maka kita kan gembira.


Selepas itu kita akan bersemangat untuk terus melakukan kerja yang kita patut lakukan. Macam Syarikat penerbangan AirAsia memberi tawaran kepada pelanggannya  mengenai harga ticket penerbangan yang murah . Terkini, Air Asia telah melancarkan Value Pack untuk pelanggannya . sebagai ganjaran kepada pelanggan-pelanggan mereka .

Tawaran sebenarnya datang kepada kita, tetapi kita yang tidak anggap itu sebagai tawaran. kita hidup ini ,di tawarkan untuk berbuat baik agar kita diganjarkan dengan syurga. kalau buat jahat, kita juga di ganjarkan dengan Neraka .

Itulah Tawaran buat Manusia yang kita kadang-kadang lupa dan tidak mengambil endah . Perhatikan tawaran yang kita ada setiap hari, lama-lama ia akan membuahkan rasa syukur dengan ganjaran yang di perolehi .

Sekian .

p/s : jiwang tak entri aku hari ni. hahahaha
Previous Post Next Post