HISTERIA DI SEKOLAH DI SEKITAR KELANTAN MENINGKAT !


HISTERIA DI KELANTAN I Sejak minggu lepas, kita dapat laporan di media massa mengenai kejadian Histeria yangmelanda sekolah di negeri Kelantan iaitu di SMK Pengkalan Chepa 2 . Terkini, jumlah sekolah juga bertambah apabila terdapat dua buah sekolah lagi turut di laporkan mengalami Histeria .

HISTERIA DI KELANTAN I

Laporan hari ini , 8 pelajar lagi terkena Histeria di SMK Pengkalan Chepa 2 .Pelbagai usaha masih di lakukan oleh ustaz-ustaz untuk menghapuskan gangguan yang melanda di sekolah terbabit. Ada satu penampakkan dalam gambar yang di ambil oleh pelajar di sekolah terbabit . Lembaga hitam tersebut muncul di dalam gambar tersebut. korang tengok dekat bawah ni .

Gambar Hantu di sekolah di kelantan !


Kita doakan semoga kes Histeria ini dapat di selesaikan dengan segera . Dan kita juga perlu banyakkan doa agar, mereka-mereka ini pergi jauh dari menggangu manusa di dunia. Aku yakin dengan para asatizah yang berusaha membuang " benda itu " dari sekolah terbabit.siapa yang ada kemampuan, segeralah bantu mereka / *meremang weh aku tulis entri ni.

Banyakkan amalan, semoga kita terhindar dari perkara-perkara yang tidak elok. aku rasa mungkin sebab bulan ramadhan makin hampir, jadi benda-benda ni pun muncul kembali. sebelum ni mana ada kes-kes macam ni. semoga kita dalam peliharaan Allah dari kes-kes histeria .

Sekian .

baca berita dari TheStar : http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/04/18/three-more-kota-baru-schools-hit-by-hysteria/

**gambarsumber the star .
Previous Post Next Post