TEGURAN PEMINAT UNTUK AJL30 !

ANUGERAH JUARA LAGU 30 I Melabuhkan tirainya semalam ,satu anugerah yang hebat dalam industri musik tanah air iaitu Anugerah Juara Lagu ke 30 . Tahniah kepada juara Anugerah Juara lagu ke 30 iaitu Akim and the Majestret kerana menjuarai Anugerah Juara lagu ke 30 .
KEPUTUSAN AKHIR AJL 30
gambar sumber : themalaymailonline

Baca juga : Keputusan Akhir Anugerah Juara Lagu ke 30

Kehebatan Anugerah Juara Lagu ke 30 tidak lari dari komen peminat yang menonton di rumah. Pelbagai komen yang di lontarkan di media sosial terutamanya di page TV 3 sendiri . antara yang menjadi isu utama hadirnya pelbagai komen seperti ini adalah beberapa kekurangan yang berlaku sepanjang anugerah juara lagu semalam .

ANTARA KOMEN YANG DI BERI ADALAH :

Sound sistem bermasalah : kalau anda perasan sewaktu permulaan nyanyian Bunkface ada sedikit masalah teknikal terhadap mic yang di gunakan. nampak jug raut muka sam berubah sedikit bila mic bermasalah. tapi kalau kita tengok overall ada part yang mic bermasalah tetapi hampir keseluruhannya mic berfungsi dengan baik .

Kamera tidak Fokus ke penyanyi : ini komen yang aku sempat baca. Camera Man lebih gemar tuk ambil gambar pentas dari fokus kepada penyanyi yang membuat persembahan .

Lighting banyak sangat : kegunaan pelbagai warna lampu sewaktu persembahan jaklyn dan hafiz agak mengganggu pandangan mata yang ingin melihat persembahan mereka . di tambah pula camera yang tidak terlalu fokus kepada penyanyi menyebabkan penonton kurang fokus terhadap persembahan yang di lakukan .

Pakaian : kawan aku di twitter ada menegur dari segi etika pemakaian. mungkin boleh kenakan pakaian lebih elok. dia kata bukan aku.

Tukar hos : ini komen dari kawan aku di facebook . dia juga meminta untuk kembalikan Faizal Ismail dan sherly samad ke pentas AJL.


Pelbagai komen ini adalah sebagai tanda keperhatian peminat terhadap anugerah berprestij iaitu Anugerah Juara lagu . Semoga kekurangan yang di lihat ini mampu di atasi di masa-masa akan datang. Kalau mampu ubah, ubahlah. kalau tak mampu biarkan sahaja komen ini.

kadang-kadang yang komen macam aku ni rajin komen ja. tetapi kepakaran kosong dalam bab-bab itu. hahaha hanya mampu menulis sekadar coretan peribadi untuk pembaca blog aku ini. apa-apa pun overall persembahan mantap dan terbaik untuk AJL 30.

sekarang excited nak tahu siapa finalis ajl 31. hehehe mohon maaf atas salah dan silap. terima kasih kerana sudi membaca.

sekian.


P/S : peminat kungfu panda, korang tahu tak ada panda village di Malaysia? korang boleh tengok Po si panda di sana. Po juga sudah sampai di banyak tempat di malaysia ini.Korang nak jumpa dia tak ? baca di sini ya . terima kasih :)

Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)