[ REVIEW BLOG ] BLOG PROJEK TRAVEL RUJUKAN WAJIB UNTUK KAKI TRAVEL !


REVIEW BLOG - Insyaallah, kali ini aku nak review satu blog hebat dan cantik . Iaitu Blog Projek Travel ! Aku yakin ramai dah kenal dengan Projek Travel. aku sendiri pernah menggunakan #projektravel dekat instagram dan twitter.  Cumanya kali ini, kita masuk deep sikit, orang cakap kenal lebih mendalam dengan Blog Projek Travel.

PROJEK TRAVEL mula di tubuhkan pada Januari 2014 oleh blogger-blogger yang rajin travel . Tujuan mereka menubuhkan projek travel adalah untuk menyampaikan informasi berkaitan Travel. Mereka juga menggunakan tagline " Berkongsi memberi Inspirasi " dalam membantu masyarakat untuk mendapatkan informasi terutamanya berkaitan travel, makanan dan maklumat .

projek travel

Baik, sekarang ini aku nak cerita pasal blog Projek Travel pula . Blog Projek Travel sememangnya blog yang aku suka. hahaha sebab blog dia cantik dan penuh dengan info . Pelbagai info yang di kongsi oleh blogger-blogger Projek Travel berdasarkan pengalaman mereka sendiri .

Blog ini juga merangkumi Review tempat-tempat pelancongan di Malaysia mahupun luar negara.Korang juga boleh dapatkan maklumat mengenai Hotel atau tempat penginapan yang mereka sewa sewaktu travel .

Bagi aku yang tak rajin travel ni, bila baca blog ni ,kita sendiri rasa macam nak travel macam depa. hahaha tak pa satu hari nanti kita travel dengan Projek travel ya. hehe . Antara maklumat lain yang boleh didapati dari blog projek travel adalah maklumat tempat makan menarik ,info dan event dan juga video travel .

Selain mudah mendapat maklumat mengenai travel. aku nak bagitau yang Projek Travel juga telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat travel. Antaranya adalah Tune Hotel, Air Asia,Tourism Malaysia , Legoland dan banyak lagi agensi pelancongan . Jadi kira semua tak perlu ragu-ragu dengan keupayaan Projek Travel dalam mempromosikan tempat-tempat pelancongan di Malaysia .

projek travel

sibuk sangat aku bercakap , korang perasan tak aku tak bagi maklumat blog projek travel kan. hahaha saja ja nak tengpok hangpa alert tak dengan apa yang aku tulis. berikut merupakan Maklumat dan cara menghubungi Projek Travel .

Nama Blog : www.projektravel.com
Email : projektravel@gmail.com
Page Official : https://www.facebook.com/projektravel
Google+ accoumt : Mat Remos 
Instagram : Projek Travel

Maklumat dah dapat, apa tunggu lagi. terjah blog projek travel lekaih. make sure hangpa follow blog depa na.  Lepas tu share entri yang hangpa suka dari blog Projek Travel. Aku harap projek travel terus hebat mendepani hari mendatang . Banyak dugaan itu normal, kalau tak da dugaan tu yang tak normal. hahaha
projek travel
barisan admin Projek Travel

Semoga team Projek Travel terus bersemangat dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca.  Nikmat paling besar bagi orang yang mencari maklumat adalah memperolehi jawapan terhadap apa yang di cari. 

Maaf kalau review aku tak memuaskan. sekadar pendapat peribadi aku. korang boleh terjah blog Projek travel untuk mendapatkan maklumat secara terus. ^_^

sekian.


Previous Post Next Post