2 IMPIAN KATAUBAID.COM UNTUK 2016 YANG DAH TERTUNAI DAN AKAN TERTUNAI !


IMPIAN KATAUBAID I Alhamdulillah ada 2 impian aku yang aku ingin penuhkan dalm 2016 disamping impian-impian lain . Yang pertama adalah Renew Domain kataubaid dan yang kedua adalah Target Follower blog budak gemuk ->> 50 orang follower ke atas .

Untuk impian no 1, aku sadah selesaikan tadi. alhamdulillah, memberi nafas baru buat blog kataubaid.com ini untuk tempoh setahun yang mendatang . Tips untuk yang ingin tukar domain ke dot com . kalau anda masih berkira-kira nak tukar ke domain dot com, anda haruslah cepat dan segera bertindak. Jika anda masih sayangkan blog anda.
TIPS BLOGGER

Teknik promosi blog amatlah berbeza antara blogger-blogger yang ada. kita sahaja yang tahu kekuatan blog kita. melihat perkara ini, aku ingin menjadikan blog aku ini sebagai satu daripada blog yang di baca dan di jadikan rujukan seperti blog ben Ashaari , Hasrul Hassan , Hanis Zalikha , Emas Putih dan blogger hebat yang lain.

Jadi aku segera berubah dan mencari domain dot com.alhamdulillah selama setahun aku menggunakan domain atas nama kataubaid.com , aku perhatikan ada beberapa perkara yang aku tak dapat dengan blogspot.com tetapi aku dapat dengan dot com. antaranya Viewers meningkat, dengan  syarat rajin update blog.

Pada mulanya aku takut nak beli domain, takut rugi. hahaha dan akhirnya aku letak target. dalam masa setahun aku perlu dapatkan rm 45 untuk renew domain untuk tahun ini. alhamdulillah usaha aku sikit dan peroleh hasil dan aku peroleh lebih dari RM45 dari blog aku ini. cara macam ini sahaja yang membuatkan kita " balik modal " dengan pelaburan yang kita buat .

korang fahamkan apa yang aku maksudkan ini ?

TIPS BLOGGER

untuk target ke dua , impian ini belum di penuhi sepenuhnya, masih berbaki 2 orang follower untuk blog budak gemuk . aku harap ada yang sudi penuhi impian aku itu. hehe korang boleh ke blog budak gemuk melalui link ini .

Blog ini hanya coretan aku sekadar suka-suka. Mungkin satu hari nanti blog ini juga akan jadi seperti blog kataubaid.kita tak tahu. aku suka template blog budak gemuk ni. hehe target budak mentah macam aku yang mempunyai impian sebesar gunung tetapi usahanya sikit. Insyaallah akan di perbanyakkan entri di blog tersebut dari masa ke semasa.

Korang pulak ? apa impian korang yang dah korang capai sepanjang bulan pertama untuk tahun 2016 ini ? jom share dengan aku :) . andai tips atas itu bermanfaat, kongsikanlah bersama rakan-rakan lain ya .terima kasih semua yang membaca blog kataubaid , tanpa korang , mungkin aku tak bersemangat untuk sentiasa update blog.

sekian.

muah cikedd.. hahaha
Previous Post Next Post