NETFLIX DILANCARKAN DI MALAYSIA !

NETFLIX MALAYSIA I Aku tak pasti sama ada aku ketinggalan atau tidak, tapi aku rasa macam ketinggalan zaman sikit. haha sebenarnya netflix ini dah lama berada di dunia ini. cuma aku baru tahu . tetapi ia juga masih baru di malaysia. korang dah kenal ke dengan Netflix ? dengar kata ia bakal menggantikan astro di rumah-rumah anda ?

Apa itu Netflix ?

Netflix adalah sebuah rangkaiaan streaming yang membolehkan kita menonton apa saja filem-filem dan rancangan bersiri . Ia memudahkan pengguna untuk menonton drama atau filem tanpa perlu memuat turun filem tersebut.

Netflix.com

Fakta Menarik Mengenai Netflix di Malaysia .

Ramai yang kata, netflix akan menggantikan astro dan Hiptv satu hari nanti.
Harga langganannya lebih murah untuk di bandingkan dengan Astro dan Hipp tv .Anda juga boleh layan filem-filem dengan aman dan damai. tiada siaran ulangan seperti Astro .

Netflix baru sahaja melancarkan perkhidmatan nya ke 190 buah negara baru dan Malaysia adalah salah satu destinasi yang membenarkan rakyat Malaysia untuk mengakses ke laman netflix . Dengan harga langganan RM 33, anda akan dapat sebulan pertama dengan percuma. anda juga boleh untuk upgrade atau downgrade pada bila-bila masa sahaja.

Dalam akbbar Forbes.com , mengatakan Netflix juga tersenarai dalam beberapa pencalonan dalam Anugerah Golden Globes . Tetapi tidak membawa pulang sebarang anugerah dari pencalonan mereka pada tahun 2016. Tetapi mereka berjaya memperoleh 7 kemengan dari 8 pencalonan pada tahun 2015 .

Bagaimana Ingin Melanggan Netflix ?

Sekarang ini, anda boleh terus ke laman Netlix.com/my untuk melanggan di sana !

Plan yang ditawarkan oleh Netflix ?

Aku kongsikan dari laman Netflix sendiri mengenai plan untuk pelanggan netflix. seperti yang aku cakapkan dekat atas, korang boleh upgrade dan downgrade pada bila-bila masa sahaja .

Netflix.com

Internet Slow, macam mana nak langgan Netflix ?

Oh ya, aku lupa nak bagitau. di sebabkan Netflix ini rangkaian streaming maka ia perlukan internet untuk menonton . Kalau internet slow macam mana ? korang kena bagi laju la kaaan. untuk mengelak dari buffer kan. untuk penyelesaiannya, korang baca di sini .

Kerajaan Malaysia akan sekat Netflix pula ?

Jawapannya Tidak ! Menurut akhbar themalaymailonline.com , Menteri Komunikasi dan Multimedia , Dato Seri Salleh Said Keruak . Netflix perlu mengikut peraturan yang telah di tetapkan oleh kementrian tersebut . Beliau bercakap menegani konten yang ada dalam netflix juga perlu mengikut peraturan yang di tetapkan oleh kmentrian agar sesuai untuk tontonan masyarakat Malaysia .

sekian .

p/s : aku rasa mungkin netflix tak boleh gah seperti astro di malaysia. mungkin laa. rakyat malaysiakan sayang astro. hehe .

Previous Post Next Post