MASJID MEWAH TETAPI MASYARAKAT SEKELILING MISKIN !

Semalam satu isu yang di bawa oleh ustaz Fahmi Abu Bakar dalam ceramahnya iaitu fungsi Masjid. Secara umumnya, Masjid bukanlah semata-mata tempat solat sahaja tetapi ia juga merupakan pusat komuniti bagi masyarakat. Tidak kira masyarakat muslim atau non-muslim.

Mengambil contoh Masjid di India, ustaz juga menyatakan masjid di india tidak di kunci dan menjadi tempat untuk penduduk untuk berlindung kerana mereka miskin dan tidak mempunyai tempat tinggal. Berlainan pula di Malaysia, Masjid di kunci rapat, apabila ada yang ingin berehat, dilarang dengan alasan akan mengotorkan masjid.

Satu minda atau fikiran yang seharusnya di jauhkan oleh pengurusan masjid.Kita juga tahu, banyak masjid-masjid di bina di negara kita berkos tinggi. Tujuan mereka bina masjid mewah dan cantik sebagai nak tunjuk kehebatan dan keizzahan Islam kepada non muslim. Silakan, tiada masalah.

tetapi cuba tengok masyarakt sekeliling. ada yang tidak berumah ada yang jadi gelendangan yang tinggal di ibu kota. Andai masjid di gunakan sebaiknya, pasti mereka boleh berlindung di masjid. Peringkat awal mungkin kita bimbang tapi jika di ikat hati mereka dengan tuhan pastinya akan mendekatkan diri mereka dengan ibadah kepada Allah. ini juga dakwah.


Di Ibu kota ramai gelendangan yang tidur di kaki lima. Jika masjid negara memberi ruang untuk mereka tinggal di sana, pasti itu lebih baik. aku tak pasti sama ada masjid negara sudah buat begitu atau tidak. ini cadangan ustaz fahmi.


Orang ramai sibuk nak buat masjid mewah tetapi masyarakat keliling miskin. yang mana patut di utamakan sebenarnya. Kubah masjid nilai jutaan ringgit. andai duit jutaan ringgit itu di salurkan kepada sekolah agama atau orang miskin. pastinya memudahkan lagi urusan mereka.


Kita fikirlah dan terus fikir dan kemudian bertindak. Ekonomi negara makin teruk, sudah ramai yang merasa susah kerana ekonomi yang kian tenat. Begitu juga sekolah-sekolah agama dan pondok2 agama, mereka juga perlukan wang untuk urusan pelajaran dan kemudahan kepada pelajar mereka. kita jika berkemampuan, bantulah mereka. kesian mudir atau pengetua kena kerah keringat cari dana untuk bangunkan sekolah.

kita bantu setakat mana yang kita mampu, kalau mampu banyak, bagi banyak. kalau sikit,bagi sikit. insyaallah allah pandang dan kurniakan kita rezeki yang banyak sebagai balasan. maaf atas salah silap.

sekian.


Previous Post Next Post