JANGAN HUKUM ORANG LAIN KERANA DOSANYA !

Tadi aku sempat singgah kejap ke Masjid ,sempat jugalah dengat ceramah ustaz Fahmi Abu bakar. Beliau menceritakan mengenai tafsir surah maryam. Ustaz juga ada menyebut mengenai menghukum manusia .

ada isu yang berlegar ketika ini di mana ada masjid yang ingin membuat tanah perkuburan khas untuk orang yang tidak solat berjemaah di masjid. Aku masa dengar pun terkejut juga. sampai macam tu sekali manusia fikir. aku tahu, niat diorang baik untuk ajak yang hidup ni untuk sampai ke masjid.

jangan judge orang

Tetapi sehingga membawa kepada pengasingan kubur antara orang yang mai masjid dengan tak itu satu benda yang salah. ustaz sendiri tegur perkara tersebut. Ustaz kata kita tahu ka orang yang meninggal dunia tu jahat dan tak sempat taubat ? jangan2 ,time dia nak mati, dia sempat minta ampun dengan tuhan dan tuhan terima. macam mana ?

Ustaz juga bawa contoh kisah zaman rasulullah ada seorang mati ketika perang. para sahabat mengatakan dia syahid tetapi rasulullah kata dia tidak syahid. maka kita sebagai manusia biasa hanya menghukum luaran sahaja.

Dalaman hanya Allah sahaja yang tahu . hati-hati dalam menghukum, bimbang kita pun belum sehebat orang yang dihukum. bimbang dosa kita lebih banyak dari orang yang kita kata dia seorang yang berdosa. hati hati sebab kita belum tentu ajal kita macam mana. hari ini kita hina ajal orang, takut2 nanti kita mati ajal kita pula orang hina.
judge people

sedikit perkongsian ini di harapa dapat membuka minda kita. kurangkan menghukum manusia sebab kita juga manusia.tugas kita sampaikan apa yang Rasulullah tinggalkan dengan kasih sayang dan rahmah. semoga aura rasulullah bersama-sama dengan kita.

sekian.
Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)