Minuman Dan Makanan yang Trending Sepanjang 2015

TRENDING 2015 I Sepanjang 2015, satu fenomena yang berlaku apabila banyak perkara menjadi trending dalam masyarakat kita. Bermula dari pakaian , tempat pelancongan sehinggalah ke makanan. Orang cakap Hipster style . haa itulah yang paling elok untuk kita ulaskan sebagai apa yang berlaku sepanjang tahun 2015 ini.

Antara Minuman yang Trending sepanjang 2015 adalah Tea Boss . alaa minuman yang bergelas besar tu. haa, pndai pun korang . satu ketika semua orang pakat ambil gambar dengan minuman mereka. tidak kurang yang mencuba nasib menjualnya di kedai-kedai. Tindakan Tea boss ini harus di puji kerana berani mencuba benda baru.

Seterusnya Pirate Coffee . yang ini aku tak pernah cuba, sebab kat penang tak da lagi rasanya. sebab aku tak pernah jumpa pun. hehe kalau kawan-kawan dekat area selatan mesti pernah cuba pirate tea ni. depa cakap sedap . sapa pernah try ?

Trending 2015
GAMBAR SUMBER SAYS.COM

Ada lagi yang hipster, makan ice cream dalam pasu . haa, mula-mulanya pada aku, tak maasuk akal betul la makan ice cream dalam pasu ni. hahaha tapi mereka buktikan mereka juga mampu membina empayar dalam bidang perniagaan. 

sewaktu benda-benda ni trending, aku tak ada kat malaysia, aku masih lagi di Mesir, jadinya, aku agak lambat dalam mengupdate benda-benda macam ni. oh ya, kalau korang peminat hipster, korang boleh terjah blog abang lan  ( lancareno.com ) , dia selalu update pasal hipster-hipster ni. hehe

aku tak pandai sangat bab-bab hispter ni , 

Berbalik kepada Minuman dan Makanan yang paling trending sepanjang 2015 ,yang mana bagi korang paling trending.kita bercakap dari segi makanan tau, tempat-tempat tu semua, kita letak tepi sat. penang dah banyak tempat hipster2 ni. hehehe

Salah satunya, aku dah sebut dalam entri aku ini. Jom kita mengenang kembali apa yang trending sepanjang 2015. nostalgia betul la. hehe

konklusinya, benda yang tak pernah orang buat bukan bermaksud kita tak boleh buat. cuma kita kena pandai tanggung risiko . Insyaallah berjaya. Jangan lupa klik link yang aku bagi tu, check list juga untuk makanan apa yang belum kita terjah tu, hehe

ubai ni keje makan je.. wekkkk.

selamat tahun baru ! 

sekian.

Previous Post Next Post