Biodata Amar Baharin Pelakon Drama.Siapa tak kenal dengan pelakon kacak yang bernama Amar Baharin ini. Dia antara pelakon yang  diminati ramai oleh rakyat Malaysia. Amar juga merupakan suami kepada pelakon Amira Rosli tau.

Mungkin ada yang ingat-ingat lupa lah. hehe Mereka berkahwin pada 11 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Aqeef Anaqi yang lahir pada 15 Oktober 2017. Dengar cerita Amyra pun tengah mengandung anak kedua mereka. Tahniah diucapkan untuk amar dan amyra.

Bagi yang ingin berkenalan dengan amar, boleh lah baca di bawah ni.

Biodata Amar Baharin Pelakon Drama

Amar mula menjalin hubungan dengan pelakon baharu dalam bidang lakonan, Amyra Rosli ketika sama-sama membintangi drama Suamiku Encik Sotong.

Mereka pertama kali bekerja sama dalam drama Kalimah Jiwa, diikuti oleh Tersuka Tanpa Sengaja. Mereka bertunang pada September 2016 dan berkahwin dua bulan kemudian, iaitu pada 11 November.

BIODATA Pelakon AMAR BAHARIN


Nama penuh: Amar Baharin
Tarikh lahir: 1 Julai 1985
Umur : 30 tahun (2015)
Tempat lahir: Kajang, Selangor
Menetap : Kuala Lumpur
Keluarga: Anak kedua daripada tiga beradik
Pekerjaan : Pelakon dan Model

IG : Instagram Amar Baharin.

Drama/ Filem: Geng Surau musim kedua, Anak Wayang (2009), Pontianak Beraya Di Kampung Batu 2, Drama Nazihah, Laila Manja (TV3), Kau Dan Aku (Astro Ria), Shopaholic, Ketika Cinta Merintih, Mat Kental, Tanah Kubur, Mimi Mencari Cinta (Astro), Kerana Terpaksa Aku Relakan (2014)

Untuk tahun 2019, Amar membintangi sebuah cerekarama atas satu janji yang akan ditayangkan pada 27 Julai. Korang jangan lepaskan peluang untuk menonton cerita tu tau.

Sekian.

Post a Comment

Previous Post Next Post