Kenapa TV dulu tak sama macam sekarang ?

1 November 2015

SIARAN TELEVISYEN I Kali ini aku nak ajak korang mengimabu kenangan satu masa dahulu ,zaman atuk nenek atau mungkin zaman ayah ibu kita dulu .Cumanya kita nak imbau kenangan siaran televisyen ketika zaman dahulu. Kemudian kita bandingkan dengan apa yang kita alami hari ini .


Aku ingat lagi, masa aku kecik dulu, di kampung ,Tok Ba aku ada sebuah televisyen kecik yang di letakkan dalam almari. bila nak tengok kena buka pintu almari tu dulu baru la boleh tengok tv.

Selain tu, korang pernah dengar tak , dulu-dulu siaran TV tak banyak seperti sekarang. Dulu hanya ada 2 siaran sahaja. itu pun ikut waktu tertentu .Kalau nak compare dulu dan sekarang, memang la banyak perbezaan yang ketara yang kita tak boleh nafikan.

Antaranya adalah Jumlah siaran TV yang terlampau banyak. Aku yakin korang semua da Astro kan. Pada mula-mula pengenalan Astro, ia di perkenalkan kepada golonganelit atau berkerjaya sahaja.tapi kini, hampi keseluruhan rakyat Malaysia memiliki Astro di rumah masing-masing.Astro pulak membekal hampir seratus siaran tiap-tiap hari 24 jam. tapi kita kena bayar la. nak tengok lebih, kena bayar lebih.


Walaupun siaran TV banyak, tapi kita masih tidak boleh lari dari ayat " ehh, tak da apa la siaran tv hari ni " hahaha, aku pun kadang-kadang scroll Astro, macam banyak siaran tapi tak menarik minat nak tengok. sbb tu aku suka layan fb ngan blog dari tengok tv.

Selain dari siaran tv, bentuk Tv itu sendiri dah makin menarik dan tertarik. Dulu ,tv mcam korak peti ais . hahaha tapi sekarang lebih nipis dan ramping. ada yang mampu gantung di dinding. dan yg paling best bila tangok tv guna projector macam dekat kedai mamak tu. hahaha. besar gedabak la jawabnya.baru puas hati layan movie pulak.. perghh.

sememangnya hari ini lebih baik dari hari-hari sebelum nya. cumanya, kita kena lebih banyak bersyukur dengan nikmat yang kita pilih dan kita dapat. Kalau tidak kita akan sentiasa tak puas hati dengan apa yng kita milik.

Aku sertakan satu link untuk korang , Link ni menceritakan perbezaan antara siaran tv dahulu dan sekarang. korang akan dapati yang banyak perbezaan dulu dan sekarang. kalau kita tak bersyukur, makan kita akan terus dalam kemunduran dan kebelakang. Baca tau jangan tak baca ^_^

Sekian !

1 ulasan:

Kataubaid© .