[ Food Review ] Satay Kajang Kekal Sedap !


Food Review I Satay Kajang Haji Samuri yang terletak di kajang itu mempunyai peminat setiap yang ramai. Lebih menarik, Pelanggan yang datang ke kedai tersebut datang dari seluruh pelusuk tanah air. ada dari utara, selatan , timur mahupun barat.

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk makan satay kajang buat kali ke berapa entah. hehehe rasanya tetap sama seperti dulu . Satay yang lembut isinya, kuah kacang yang manis di campur pulang dengan sambal hitam yang diberikan sekali menambah selera makan aku.

Selain satay, makanan lain yang turut sama dalam pakej ini adalah nasi impit , sayur timun dan bawang. Jika korang sesat masa mencari tempat makanan tu, ni aku sertakan alamat satay kajang bagi memudahkan korang mencari restoran tu .


Alamat satay kajang :

Lot 1, 2 & 3, Tingkat Bawah & Tingkat 2,
Bangunan Dato’ Nazir, Jalan Kelab,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

GPS: N 02°59.618′ E 101°47.188′
Tel: 03-8737 1853

Oh ya, terlupa pulak aku nak bgtau waktu operasi restoran ini .

Waktu Operasi :

Isnin hingga Khamis : 10.30am – 12.30am
Sabtu dan Ahad : 10:30am – 1.00am
Jumaat :  4.00pm – 1.00am  

Selamat Mencuba ya ! ^_^ Memang tak rugi kalau cuba. dah la sedap, tempat makan pun selesa juga.parking mudah .banyak pulak aku bodek kan. hahaha .

Alamat satay kajang Haji Samuri .

Sekian.
Jom like Page admin untuk info menarik !

1 comment... add one now

PeRdU cINta PeRdU cINta October 19, 2015 at 1:02 PM
PC pernah pergi sekali saja ke sini..selebihnya bila nak makan satay kajang kami pergi ke cawangan cawangan yang ada dan berhampiran..

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)