Orang Melayu akan BANGSAT jika...

Assalamualaikum,

Hari ni, cuaca agak mendung dan hujan .

Orang melayu akan bangsat jika Umno Hilang Kuasa - DS NAJIB.

entri yang di post di Astro Awani yang mengejutkan aku. pada mulanya aku ingat ,provokasi media, tapi betul2 kenyataan dari DS Najib.

Mungkin pada hemat aku, statement yang keluar ini bukan dari PERDANA MENTERI , aku anggap ia merupakan ucapan Presiden UMNO semata. sebab mana mungkin pemimpin negara dgn begitu mudah mengatakan sedemikian pada rakyat jelata.

Dulu masa kecil , Perkataan BANGSAT  merupakan perkataan paling negativ dan tidak sesuai untuk tontonan umum. tapi kini ia sudah biasa.

pendapat aku, rasanye lebih elok menggunakan perkataan lain memandangkan bukan semua MELAYU sokong UMNO . jadinya akan menyebabkan lebih perpecahan dalam masyarakat. Rakyat boleh menjadikan perkataan tersebut sebgai bukti utk menuduh masyarakat lain yang tidak bersama mereka.

Mungkin satu lapis kepercayaan rakyat kepada beliau akan hilang bersama, lapisan lain sejak beberapa isu yang berlegar dalam negara baru- baru ini.

untuk rujukan : http://www.astroawani.com/berita-politik/orang-melayu-akan-bangsat-jika-umno-hilang-kuasa-najib-70928#.VdlmhaIOiFA.twitter

walaupun nak cakap utk mempertahankan UMNO, ingt lah, semangat tinggi mana pun, orang tak pandang .

sekadar luahan hati.

sekian.

AKU BUKAN BANGSAT

1 ulasan:

  1. he meant it.... nak takut2 kan.. supaya kekal berkuasa...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.