#ahlanjunior


Assalamualaikum ,

#ahlanjunior | Sebelum ni aku dah pernah cerita pasal mesir dekat korang. Kalau tak baca lagi meh klik link


Dalam 2 post aku tu aku dah cerita panjang lebar pasal Mesir dan Mansoura secara amnya .Cuma kali ini aku mungkin akan khususkan untuk checklist terakhir untuk korang ye.** kalau senior yang baca, hampa senyum ja, kalau nak tambah, tulis kat komen.. muahahaha.

1. korang kena tahu serba sikit mengenai Mesir dan isi-isinya . Ambil tahu isu-isu yang berlaku dan yang pernah berlaku.Aku tak risau pasal bahasa sangat sebab korang akan PAKSA diri korang untuk bercakap Arab Ammiyah nanti. Dan kalau PAKSA , pasti mudah masuk dan cepat belajar. Bukti ?
Banyak member2 aku yang takda basic arab boleh je cakap arab. yang penting jangan MALU ! .

2.








Embedded image permalink
Ini REALITY , mula-mula aku jejak kaki dekat mesir pun aku kena macam ni gak. depa ingat dalam dunia ni ada orang korea atau orang china je kot ?anyway, orang arab ni depa BANGGA dengan KEMAJUAN  CHINA. PROTON yang kat mesir tu pun depa kata dari China .haaihh .Tapi ada sekali tu aku suka sangat ada orang arab tu cakap muka aku ni macam orang KOREA  ! perghh semalaman aku tak leh tidok. hahaha

ada muka korea ke ? hahaha 
3. Bohong la kalau aku cakap, dekat mesir tak da masalah sosial. Aku kata Mesir ni lebih kurang malaysia ja, cuma lebih sosial kot. hati-hati, pilih kawan yang baik .tak yah cari kawan2 yang kaki club, music dan sebagainya. p cari ustaz-ustaz atau ustazah untuk belajar ilmu agama.sampai sekarang rasa seronok berguru dengan ustaz2 azhar . Walaupun tk semua yang boleh mengajar, tapi ilmu tu ada pada depa.aku tau itu harapan mak ayah korang kan. 

Bila belajar mesir ni, orang akan anggap kau ni ustaz, tak kira lah bidang apa yang korang belajar, bila balik malaysia, korang kena bawa nama mesir dan azhar tu ! Tuk yang rasa dia perempuan, jaga lah aurat elok, jangan terdedah, tutup aurat dengan sempurna ! BELAJAR lah ya. Aku pun pernah buat dosa, aku tak leh nak ubah total atau sekali gus, kita cuba ubah sikit demi sikit. abaikan pendapat orang yang menghina kita ^_^ .

waktu pagi di musim sejuk, sejuk weh !

makanan time studyweek. study ke ? ehh
4. Kes kecurian pun ada, sebab tu aku kata, jangan percaya arab. sebab aku pun pernah kena curi, laptop , camera dan wallet. masa aku tahun pertama dulu . ! bukan nak takutkan korang, aku nak korang sedia dengan benda2 macam tu. hati-hati. dulu aku nak mai mesir tak da orang nak bgtau itu  ini. bila dah kena baru aku belajar itu ini.

kakak2 dan abang2 cuba beri gambaran pada adik2 yang baru, tak salah buat entri/post yang bersifat " baik " . cuma selitkan sedikit benda yang nyata yang pernah korang buat. pasti lebih menguatkan adikadik nanti.




strawberry di musim sejuk nanti ^^

gambaran dunia arab. pasiaq ja aku tgk. hahaha

Dan akhir sekali, untuk adik-adik, selamat datang ke ardu kinanah ,bumi Para Anbiya . Yang apasti MIM, SOD ,RA yang membentuk perkataan mesir itu akan menghantui korang sepanjang korang dekat mesir nanti. yang penting korang ingat satu je, bumi mesir ni bumi suci, korang buat apa2 pun ,ingatlah yang di tepi korang atas bawah ,tanah yang korang pijak tu, tempat para anbiya(nabi-nabi) . malu lah pada mereka.

kalau ada rezeki, kita jumpa di mesir ya ! ^_^

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.