Info Penuh Drama Luka Di Hujung Setia (Akasia TV3): Full Episod

Fenomena air mata kembali lagi, gais! Siapkan tisu siap-siap sebab slot Akasia TV3 bakal diisi dengan sebuah naskhah yang cukup berat bermula 2 Jun 2026. Drama bertajuk Luka Di Hujung Setia ini bukan sekadar kisah cinta cintun biasa, tapi sebuah drama 28 episod terbitan Country & Universal Sdn Bhd yang bakal menguji emosi korang setiap Isnin hingga Jumaat.

Gandingan Dato' Adi Putra dan Zara Zya ni sebenarnya dah cukup kuat untuk buat rating TV3 melambung. Tapi apa yang lebih menarik adalah plot ceritanya yang dekat dengan realiti hidup—pasal pengorbanan, hutang, dan pengkhianatan dalam diam.

🎬 Info Drama: Luka Di Hujung Setia

Tarikh Mula:2 Jun 2026
Waktu Siaran:Isnin - Jumaat (7:00 Malam)
Saluran:Akasia TV3 / Tonton
Pengarah:Raja Mukhriz
Jumlah Episod:28 Episod

Sinopsis: Bila Kesetiaan Digadai Demi Rezeki

Kisah ni fokus pada Dhia (Zara Zya), seorang isteri yang asalnya sangat cekal. Segalanya berubah bila suaminya, Irsyad (Dato’ Adi Putra) hilang kerja tetap dan terpaksa membanting tulang kat ladang sebab nak bayar hutang adik dia. Demi nak tolong Irsyad, Dhia buat keputusan paling perit—tinggalkan kampung dan anak mereka, Aira, untuk cari kerja kat KL.



Info Penuh Drama Luka Di Hujung Setia (Akasia TV3): Sinopsis, Senarai Pelakon & Link Tonton



Tapi itulah, orang kata "setia itu mahal". Kat KL, Dhia mula rapat dengan bos dia, Faris (Irfan Zaini). Faris ni nampak macam penyelamat, tapi rupa-rupanya dia pun suami orang (isteri dia Nuha, lakonan Angella Joliey). Hubungan yang mulanya sekadar rakan sekerja mula melampaui batas sampai meruntuhkan masjid yang Dhia dan Irsyad bina. Memang sakit hati bila fikir kesetiaan Irsyad yang dibalas dengan pengkhianatan!

"Mampukah kesetiaan Irsyad bertahan saat dikhianati? Dan adakah kehadiran Zulin (Cahaya Nilam) mampu menjadi penawar buat hati Irsyad yang telah hancur berkecai?"

Senarai Pelakon & Watak (Gandingan A-List!)

Kekuatan drama ni terletak pada barisan pelakonnya yang memang tak perlu dipertikaikan lagi. Jom tengok siapa yang terlibat:

  • Dato' Adi Putra sebagai Irsyad (Suami yang teraniaya)
  • Zara Zya sebagai Dhia (Isteri yang tersasar haluan)
  • Irfan Zaini sebagai Faris (Orang ketiga/Bos Dhia)
  • Cahage Nilam sebagai Zulin (Penawar hati Irsyad)
  • Angella Joliey sebagai Nuha (Isteri Faris)
  • Puteri Khareeza sebagai Sally

Ulasan Episod Akhir 

Episod akhir Luka Di Hujung Setia menutup jalan cerita dengan mesej bahawa cinta tidak boleh dipaksa dan setiap pilihan mempunyai akibatnya. Irsyad kekal dengan pendiriannya yang tidak pernah memberi harapan kepada Zulin, manakala Dhia akhirnya sedar bahawa keluarga jauh lebih berharga daripada kerjaya dan hubungan yang salah. 

Walaupun penamatnya tidak dipenuhi babak dramatik yang melampau, ia berjaya memberikan penutup yang logik kepada perjalanan setiap watak. Babak pertelingkahan antara Mak Ani dan Dhia pula menjadi kemuncak emosi episod terakhir sebelum drama ini melabuhkan tirainya dengan pengajaran tentang penyesalan, keikhlasan dan menerima takdir.

Ulasan Episod 27:

Episod 27 Luka Di Hujung Setia benar-benar menyentuh emosi apabila setiap watak terpaksa berdepan realiti yang sukar diterima. Irsyad akhirnya jujur kepada Zulin bahawa hatinya masih belum mampu melupakan Dhia walaupun pernah dilukai, sekali gus mematahkan harapan Zulin yang sekian lama menunggu. Dalam masa yang sama, Dhia pula berdepan dilema apabila Faris datang merayu meminta peluang kedua selepas sebelum ini lebih mengutamakan Nuha dan anak mereka. 

Episod ini memperlihatkan bahawa cinta tidak semestinya boleh dipaksa, manakala penyesalan sering hadir apabila seseorang mula menghargai apa yang hampir hilang. Jalan cerita yang semakin matang dan sarat dengan konflik emosi ini membuatkan penonton semakin tidak sabar menantikan episod akhir bagi mengetahui siapakah yang akhirnya akan menemui kebahagiaan sebenar.

Ulasan Episod 26 – Dhia menyerah !

Episod kali ini lebih memfokuskan kepada perubahan emosi setiap watak, khususnya Dhia yang akhirnya nekad menamatkan hubungannya dengan Faris selepas menyedari dia tidak lagi sanggup hidup sebagai orang ketiga. Pada masa sama, hubungan Dhia dan Irsyad mula menunjukkan kematangan apabila kedua-duanya mampu berbual secara terbuka tentang masa lalu, malah kata-kata Irsyad mengenai rezeki dan kehilangan keluarga menjadi antara babak paling menyentuh hati. 

Konflik Nuha dengan ibu mentua pula menambah tekanan dalam rumah tangganya, manakala Faris kini berdepan risiko kehilangan Dhia buat selama-lamanya. Episod ini jelas menjadi titik perubahan besar yang bakal menentukan hala tuju hubungan Dhia, Irsyad dan Faris dalam episod-episod seterusnya.

Ulasan Episod 18 – Irsyad tumbuk muka Faris !


Episod 18 Luka Di Hujung Setia memperlihatkan kemusnahan sebuah rumah tangga yang semakin hampir ke penghujung apabila Dhia secara terbuka meminta cerai daripada Irsyad tanpa mampu memberikan alasan yang benar-benar meyakinkan. Apa yang membuatkan episod ini lebih menyakitkan adalah apabila Nuha tanpa sedar meluahkan kecurigaannya terhadap wanita yang dipercayai mempunyai hubungan dengan Faris, sedangkan wanita tersebut ialah Dhia yang berada di hadapannya ketika itu. 

Dalam masa yang sama, konfrontasi antara Irsyad dan Faris membuktikan bahawa ketegangan semakin memuncak apabila Irsyad mula menyedari pengaruh Faris dalam keputusan Dhia untuk meninggalkannya. Episod ini berjaya membangkitkan emosi penonton kerana memperlihatkan bagaimana pengkhianatan bukan sahaja menghancurkan pasangan yang terlibat, tetapi turut melukakan insan-insan yang masih setia dan ikhlas mempertahankan hubungan mereka.

Ulasan Episod 17 – Luka Di Hujung Setia


Episod 17 memperlihatkan bagaimana hubungan Faris dan Dhia semakin hanyut dalam emosi dan pengkhianatan, manakala Irsyad serta Nuha pula menjadi mangsa kepada keputusan yang dibuat oleh pasangan masing-masing. Apa yang paling menyakitkan hati ialah Faris masih meneruskan hubungannya dengan Dhia walaupun mengetahui Nuha sedang menaruh sepenuh kepercayaan kepadanya. 

Sikap Nuha yang setia menunggu suami pulang berakhir dengan kekecewaan apabila dia menemui bukti yang semakin menguatkan syak wasangkanya. Dalam masa yang sama, Irsyad pula masih cuba mempertahankan rumah tangganya dengan memohon maaf dan merendahkan ego, namun Dhia nampaknya sudah semakin jauh dan tidak lagi membuka ruang untuk memperbaiki hubungan mereka. 

Kemuncak episod ini tentunya apabila Faris cuba menyalahkan Nuha atas kecurangannya sendiri, satu alasan yang membuatkan ramai penonton geram kerana hakikatnya kecurangan adalah pilihan, bukan paksaan. Episod ini berjaya menunjukkan bahawa apabila kepercayaan mula dikhianati, bukan sahaja hubungan yang rosak, malah hati orang yang benar-benar setia turut hancur sedikit demi sedikit.

Ulasan Episod 16 : Dhia Tak ada hati untuk Irsyad dah, Fariz suruh minta cerai dengan Irsyad!

Episod 16 Luka Di Hujung Setia benar-benar menyentuh emosi apabila Dhia akhirnya mengakui bahawa cintanya terhadap Irsyad sudah semakin pudar, malah dia sendiri tidak pasti mampu melupakan Faris jika meninggalkan Kuala Lumpur. Pengakuan itu seolah-olah menjadi tamparan hebat buat Irsyad yang masih berusaha mempertahankan rumah tangga mereka selepas mendapat pekerjaan tetap dan merancang untuk membawa keluarganya pulang ke kampung. 

Dalam masa sama, Aira tanpa sedar menunjukkan rasa kurang senang dengan kehadiran Faris, seolah-olah masih mengharapkan ibu bapanya bersatu semula. Kemuncak episod ini pastinya pertemuan penuh tegang antara Irsyad dan Faris apabila Irsyad dengan tegas mengingatkan bahawa Dhia masih isterinya.

Episod ini berjaya mempamerkan konflik cinta, pengorbanan dan kekecewaan yang semakin memuncak, membuatkan penonton tertanya-tanya sama ada masih ada harapan untuk Irsyad dan Dhia atau hati Dhia benar-benar sudah menjadi milik orang lain.

Ulasan Episod 15 : Dhia makin melampau, bagi hati dekat Fariz.

Episod 15 Luka Di Hujung Setia benar-benar menguji kesabaran penonton apabila Dhia semakin hanyut dengan perhatian Fariz sehingga sanggup terus merahsiakan hubungan mereka daripada Nuha, isteri Fariz sendiri. Dalam masa sama, Irsyad pula masih setia menunggu isterinya pulang sambil berusaha mencari rezeki dan memegang janji yang pernah dibuat bersama Dhia. 

Paling mendebarkan, Aira hampir membocorkan rahsia keluarga mereka kepada Zulin, sesuatu yang boleh mengubah segalanya jika terbongkar. Episod ini juga memperlihatkan Fariz yang semakin tidak mampu berjauhan dengan Dhia sehingga sanggup datang ke rumahnya pada waktu malam, membuatkan penonton semakin geram melihat Irsyad yang terus menjadi mangsa keadaan. 

Rahsia yang semakin sukar disembunyikan ini dijangka bakal meletup pada bila-bila masa, dan persoalannya sekarang, sampai bila Dhia mampu menipu orang di sekelilingnya? 😭💔

Ulasan Episod 14 : Faris masih cari cinta Dhia !! Walaupun Dhia isteri orang !


Episod 14 Luka Di Hujung Setia memang buat ramai penonton berbelah bahagi, terutama bab Dhia menghalau Zulin daripada mendekati Aira. Dari satu sudut, perasaan cemburu dan tidak selesa Dhia sebagai seorang isteri dan ibu memang boleh difahami, lebih-lebih lagi apabila Zulin semakin rapat dengan Aira dan sering berada di sisi Irsyad. 

Tetapi dalam masa yang sama, ramai juga merasakan Dhia seperti sedang melepaskan rasa bersalahnya kepada orang lain sedangkan dia sendiri semakin hanyut dengan perasaannya terhadap Faris. Paling menyedihkan sudah tentu watak Nuha yang masih berharap untuk mencuba IVF dan membina keluarga bersama Faris, sedangkan hati suaminya semakin jauh dan lebih tenang bersama wanita lain. 

Episod ini juga memberi petanda bahawa masalah dalam keluarga Irsyad bukan sekadar mengenai Dhia dan Faris, tetapi turut melibatkan Lan yang nampaknya sudah terjerumus ke dalam dunia gelap. Secara keseluruhannya, episod ini membuatkan ramai penonton mula bersimpati dengan Irsyad dan Nuha, manakala persoalan terbesar sekarang ialah siapakah yang sebenarnya gagal menjaga batas dalam hubungan mereka?

Ulasan Episod 13 : Dhia tak angkat Phone !! Aira sakit !!


Episod 13 Luka Di Hujung Setia memang buat ramai penonton rasa simpati dengan Irsyad. Walaupun anak sakit dan dia berkali-kali cuba menghubungi Dhia, akhirnya dia pula yang dimarahi. Lebih menyedihkan, Dhia seolah-olah semakin jauh daripada keluarganya dan mula cemburu apabila Aira rapat dengan Kak Zulin, sedangkan dia sendiri yang banyak meninggalkan anak dan suami demi kerja. 

Dalam masa yang sama, perangai Fariz pula semakin buat penonton geram apabila seolah-olah mahu mengawal Dhia dan cuba mengambil tempat Irsyad sebagai tempat bergantung. Paling menarik sudah tentu cara Irsyad menjawab segala tuduhan dengan tenang tanpa meninggikan suara. 

Ramai penonton mula merasakan Irsyad sebenarnya terlalu baik, manakala Dhia pula mungkin tidak sedar bahawa orang yang paling setia di sisinya selama ini adalah suaminya sendiri.

Ulasan Episod 12 : Faris Luah Rasa Cinta Terhadap Dhia.

Episod 12 Luka Di Hujung Setia memang buat ramai penonton geram dengan perangai Faris dan Dhia yang seolah-olah terlalu mudah bermain dengan perasaan pasangan masing-masing. Faris berani meminta Dhia meninggalkan Irsyad, tetapi apabila ditanya sama ada dia sanggup menceraikan Nuha, terus minta masa dan suruh Dhia percaya padanya. 

Ramai yang melihat Faris hanya pandai bercakap tetapi belum tentu berani membuat keputusan besar. Dalam masa yang sama, Dhia pula semakin hanyut dengan perasaannya sehingga terlupa masih ada suami dan anak yang menantinya di kampung. Paling menarik, Mak Ani nampaknya sudah mula merestui hubungan Zulin dan Irsyad, membuatkan ramai penonton berpendapat Irsyad sebenarnya lebih layak mendapat seseorang yang benar-benar menghargainya. 

Persoalannya sekarang, adakah Dhia akan sedar sebelum semuanya terlambat, atau Irsyad yang akhirnya akan memilih untuk melepaskan?

Ulasan Episod 11 : Dhia dan Faris sedang jalinkan hubungan !!

Episod 11 Luka Di Hujung Setia benar-benar menguji emosi penonton apabila setiap watak seolah-olah sedang berperang dengan perasaan sendiri. Faris semakin hanyut dengan rasa selesa yang ditemuinya bersama Dhia sehingga sanggup menghubungi wanita itu walaupun tahu tindakannya boleh menghancurkan dua buah keluarga. 

Dalam masa yang sama, Nuha semakin tertekan dan keletihan mempertahankan rumah tangga yang kian retak, manakala Dhia pula tersepit antara tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan perasaan yang cuba disembunyikannya. 

Namun di sebalik konflik yang berat itu, kemunculan Zulin dan telatah comel Aira menjadi penyeri apabila soalan spontan "Kak Zulin suka dekat papa Aira ke?" mencuri perhatian ramai. Episod ini jelas memberi gambaran bahawa setiap pilihan mempunyai harga yang perlu dibayar, dan jika Faris terus bermain dengan api, bukan sahaja rahsianya bakal terbongkar, malah hati insan yang paling menyayanginya juga akan hancur berkecai.

Penonton pastinya sudah tidak sabar menantikan episod seterusnya untuk melihat sama ada kecurangan ini akhirnya akan terbongkar atau masih berjaya disembunyikan.

Ulasan Episod 10 : Irsyad Tak Izin Sambung Kontrak, Fariz kata Irsyad tak tahu kelebihan Dhia.

Episod 10 Luka Di Hujung Setia (2026) memang penuh emosi bila Dhia dah sampai tahap paling penat dengan hidup susah yang dia lalui, terutama bila Irsyad tetap bertegas tak benarkan dia sambung kerja di KL walaupun itu satu-satunya peluang dia nak ubah hidup. Konflik makin panas bila isu keluarga, kerja, dan masa depan anak bercampur sekali dengan tekanan IVF yang masih gagal, sampai Mak Faris dan Mak Ani pun masuk campur buat keadaan lagi serabut. 

Dalam masa sama, Faris pula makin jelas menunjukkan perhatian dan sokongan pada Dhia, sampai orang sekeliling mula perasan hubungan mereka makin rapat dan mencurigakan. Episod ni memang buat penonton rasa geram, simpati dan tertanya-tanya, adakah Dhia akan terus bertahan atau mula pilih jalan baru dalam hidupnya.

Ulasan Episod 9 : Dhia tegas nak sambung kontrak tapi Irsyad Tak Bagi !!

Episod 9 berjaya menampilkan konflik rumah tangga yang sangat dekat dengan realiti kehidupan apabila Dhia terpaksa memilih antara kerjaya dan keluarga. Dalam masa yang sama, sikap Faris yang semakin memberi tekanan kepada Dhia menimbulkan persoalan sama ada dia sekadar bos yang prihatin atau sebenarnya mempunyai perasaan terhadap isteri orang. 

Zulin pula terus memainkan peranan sebagai pencetus konflik dengan cuba mempengaruhi Irsyad. Episod ini membuatkan penonton berbelah bahagi kerana kedua-dua pihak mempunyai alasan tersendiri, sekali gus menjadikan penantian untuk Episod 10 semakin mendebarkan.

Ulasan Episod 8 : Orang Kampung dah mula bercakap-cakap pasal hubungan Irsyad dengan Zulin. Dhia pula Tak Mahu Balik !!


Episod 8 Luka Di Hujung Setia berjaya membina konflik emosi yang semakin berat apabila Nuha bergelut dengan rasa tidak yakin terhadap dirinya selepas berkali-kali gagal mendapatkan zuriat, manakala Faris pula dilihat semakin selesa berkongsi ruang dan perasaan dengan Dhia atas alasan kerja. 

Walaupun belum ada bukti jelas berlaku kecurangan, dialog dan layanan Faris terhadap Dhia sudah cukup menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penonton. Dalam masa sama, hubungan Irsyad dan Zulin terus menjadi bahan mulut orang kampung sehingga membuka ruang kepada konflik baharu. 

Episod ini membuatkan penonton tertanya-tanya sama ada rasa curiga Nuha hanyalah ketakutan seorang isteri atau sebenarnya naluri yang sedang memberi amaran tentang sesuatu yang bakal berlaku.

Ulasan Episod 7 : Mak Ani cakap Jangan percaya sangat dekat perempuan yang dah berduit ni!!

Episod 7 Luka Di Hujung Setia semakin menarik apabila konflik dan syak wasangka mula berkembang dalam beberapa hubungan utama. Walaupun Irsyad tetap menunjukkan kepercayaan penuh terhadap Dhia, penonton dapat melihat bagaimana kata-kata Mak Ani sedikit demi sedikit cuba menggugat keyakinannya. 

Pada masa yang sama, Nuha mula dibelenggu perasaan curiga terhadap Faris selepas beberapa kejadian yang membuatkan dia berfikir suaminya mungkin menyimpan sesuatu daripadanya. Namun tumpuan utama episod ini sudah tentu terarah kepada interaksi antara Dhia dan Faris yang dilihat semakin mesra.

Ayat spontan Faris mengenai kopi Dhia mungkin kelihatan remeh, tetapi ia cukup untuk membuatkan penonton mula mempersoalkan sama ada perasaan lain sedang mula wujud di sebalik hubungan bos dan pekerja mereka. Episod ini berjaya membina ketegangan secara perlahan dengan memberi petunjuk bahawa cabaran rumah tangga Irsyad dan Dhia mungkin baru sahaja bermula.

Ulasan Episod 6 : Zulin makin ganas waktu Dhia Tak ada. Nekad sangat nak rampas Irsyad dari Dhia.


Episod 6 Luka Di Hujung Setia semakin menguji emosi penonton apabila Nuha sekali lagi terpaksa menerima kenyataan pahit selepas usaha IVF yang dilakukan gagal, namun apa yang lebih menyedihkan adalah tekanan daripada ibu mentuanya yang terus mendesak Faris supaya berkahwin lagi demi mendapatkan zuriat. 

Mujur Faris tetap teguh mempertahankan isterinya dan membuktikan bahawa cinta serta kesetiaan lebih penting daripada soal keturunan. Dalam masa yang sama, watak Irsyad terus mencuri perhatian apabila tidak pernah berputus asa membantu adiknya Lan untuk berubah dan meninggalkan kehidupan silam yang penuh kesilapan. 

Namun konflik yang paling merisaukan adalah kemunculan Zulin yang semakin berani mendekati Irsyad ketika Dhia berada jauh di bandar. Sikap Zulin yang semakin terbuka menunjukkan hasratnya untuk merampas tempat Dhia dalam keluarga itu boleh menjadi ancaman besar kepada rumah tangga Irsyad pada episod-episod akan datang. 

Secara keseluruhannya, episod ini berjaya memaparkan tema kesetiaan, pengorbanan dan godaan yang semakin memuncak, sekali gus membuatkan penonton tidak sabar menantikan perkembangan seterusnya.

Ulasan Episod 5 : Irsyad Risau Dhia Lupa Diri sebab Dhia macam terlebih kagum dengan Faris bos dia tu!! 


Dhia pulang ke kampung dengan penuh kegembiraan selepas mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur dan banyak bercerita tentang bosnya, Faris yang sering membantunya di tempat kerja. Namun, sikap Dhia itu membuatkan Irsyad mula risau isterinya terlalu bergantung kepada orang lain dan terlupa akan tanggungjawab terhadap suami serta anak di kampung. 

Pada masa sama, Dhia yang kini mempunyai pendapatan sendiri mula menikmati kehidupan yang lebih selesa dan menggembirakan anak mereka dengan pelbagai hadiah. Sementara itu, Nuha pula semakin tertekan apabila terus didesak oleh ibu mentuanya untuk mendapatkan zuriat, namun Faris tetap memberikan sokongan dan meyakinkan isterinya bahawa dia tidak pernah menganggap Nuha sebagai beban dalam hidupnya. 

Konflik rumah tangga dan tekanan keluarga mula memuncak menjelang episod seterusnya.

Ulasan Episod 4 : Akhirnya, Irsyad izinkan Dhia ke Kuala Lumpur. Faris terus kagum dengan Dhia!


Dhia mula menyesuaikan diri dengan pekerjaan baharunya di Kuala Lumpur sehingga membuatkan Faris kagum dengan pengorbanannya meninggalkan keluarga demi kerjaya. Pada masa sama, Nuha cuba menyembunyikan kegagalannya mendapatkan zuriat daripada Faris, namun suaminya tetap memberi sokongan penuh dan mempertahankannya daripada tekanan ibu mentua. 

Di kampung, Irsyad hidup berjauhan dengan Dhia manakala Zulin sering membantu keluarga mereka. Menjelang penghujung episod, Faris tanpa sengaja terpukau melihat kecantikan Dhia dan memujinya, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada hubungan mereka akan kekal profesional atau mula berkembang ke arah yang lebih berbahaya.

Ulasan Episod 3 : Nuha masih risau Faris minta cerai kalau dia tak boleh mengandung! Dhia tetap Nak ke Kuala Lumpur!


Episod kali ini lebih banyak bermain dengan konflik emosi berbanding drama besar, tetapi tetap berjaya membuatkan penonton geram dan tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya. Watak Zulin menjadi tumpuan utama kerana tindakannya jelas menunjukkan dia masih belum dapat melupakan Irsyad walaupun lelaki itu sudah berkeluarga. 


Dalam masa sama, hubungan Faris dan Nuha terus menjadi antara jalan cerita paling menyentuh hati kerana memaparkan sokongan seorang suami ketika berdepan ujian mendapatkan zuriat. Keseluruhannya, episod ini berjaya membina ketegangan secara perlahan-lahan dan memberi petanda bahawa konflik lebih besar bakal tercetus dalam episod akan datang.

Ulasan Episod 2 : Dhia Nak Kerja di Kuala Lumpur, Irsyad Masih Sangsi!


Episod 2 “Luka Di Hujung Setia” memang makin berat dari segi emosi bila setiap watak masing-masing ada konflik sendiri sampai semuanya rasa bersilang dan makin kusut tapi tetap buat kita nak follow. Dhia buat keputusan nak kerja di Kuala Lumpur demi bantu keluarga, tapi Irsyad tak setuju sebab dia rasa benda tu patut dibincang sebagai suami isteri. 

Dalam masa sama, Nuha mula takut kehilangan Faris sebab masih belum ada cahaya mata walaupun Faris tenang dan tak pernah menekan soal anak. Ditambah pula dengan Lan yang masih ulang masalah lama dan Zulin yang masih tak move on dari Irsyad, episod ni lebih kepada build-up emosi yang perlahan tapi menusuk.

Ulasan Episod 1: Demi Anak, Irsyad Sanggup Gadai Rumah!

Episod pertama hari ni (2 Jun) memang dah 'pukul' emosi kita. Irsyad betul-betul diuji; dah la hilang kerja, anak pula sakit perlukan rawatan mahal. Lagi geram bila tengok adik dia, Lan, buat hal sampai Irsyad terpaksa gadai rumah tanpa pengetahuan Dhia.

Belum habis isu rumah, muncul pula watak Mak Ani yang nak tuntut tanah dan rumah tu atas dendam lama. Memang nampak gaya Irsyad ni bakal kena 'buli' habis-habisan dalam drama ni. Secara keseluruhan, episod 1 ni berjaya buat aku rasa simpati kat watak Irsyad. Watak ayah yang sanggup buat apa saja demi anak ni memang senang nak masuk dalam hati penonton.

Cara Tonton Online (Tak Payah Berebut Remote!)

Kalau korang jenis balik kerja lambat atau tak sempat nak hadap TV pukul 7 malam, jangan risau. Korang boleh strim secara sah melalui platform Tonton. Paling best, korang boleh tonton 24 jam lebih awal sebelum tayang kat TV! Hanya layari www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi mereka.



Info Penuh Drama Luka Di Hujung Setia (Akasia TV3): Sinopsis, Senarai Pelakon & Link Tonton

POV: Adil ke Dhia Dipersalahkan 100%?

Pada pendapat peribadi aku, drama ni bakal mencetuskan perdebatan "Team Dhia" vs "Team Irsyad". Memang betul Dhia curang tu salah, tapi kita kena tengok dari sudut tekanan yang dia hadapi kat KL. Faris tu pula aku rasa jenis "soft spoken manipulator"—dia nampak kelemahan Dhia dan gunakan kebaikan dia untuk pancing emosi Dhia.

Tapi itulah, apa pun alasan, kesetiaan Irsyad tu mahal. Dia gadai segala-galanya demi keluarga kat kampung, tapi Dhia pula 'tergadai' hati kat orang lain. Korang rasa macam mana?

Apa Pendapat Korang?

Dah tengok episod pertama malam ni? Jom bincang:

  • Korang Team Irsyad ke Team Dhia? Adil ke Dhia dipersalahkan sepenuhnya bila dia cuma niat nak bantu keluarga?
  • Agak-agak korang, Faris tu memang ikhlas nak bantu atau memang dia 'buaya' dari awal?

🔥 Baca Juga Info Menarik:

Admin & Content Creator Sports & Entertainment.