Biodata Andi Bernadee: Profil, Kerjaya & Senarai Lagu Terbaru (Update 2026)
Profil Peribadi Andi Bernadee
- Nama Penuh: Andi Azrul bin Andi Mapangile.
- Tarikh Lahir: 30 November 1991.
- Asal: Kota Kinabalu, Sabah.
- Umur: 34 tahun (2026).
- Keturunan: Bangsawan Bugis.
- Kelab Peminat: Andidears.
- Instagram : IG Andi Bernadee.
Permulaan Kerjaya: Dari Smule ke Bintang Popular
Bakat Andi mula dikesan menerusi aplikasi Smule sebelum beliau menjadi tular dengan video parodi "Tak Tun Tuang". Walaupun tersingkir awal dalam rancangan Big Stage Musim 1, kerjaya beliau mula melonjak naik selepas pelancaran single ketiga, "Satu Peluang" pada tahun 2018.
Beliau kemudiannya mengukuhkan kedudukan dalam industri muzik dengan lagu hits "Donde" yang berjaya meraih 1 juta tontonan dalam masa dua hari sahaja. Gelaran "King of Reggaeton" Malaysia terus melekat pada dirinya hasil daripada keunikan genre muzik yang dibawa.
Kerjaya Lakonan & Pengacaraan
Andi membuktikan bakatnya bukan sekadar menyanyi apabila drama lakonannya, Melastik Ke Hatimu (digandingkan bersama Janna Nick), berjaya meraih rating mencecah 10 juta penonton. Drama ini juga dinobatkan sebagai Drama Popular di Anugerah Drama Sangat 2021.
Selain berlakon, Andi juga aktif dalam bidang pengacaraan menerusi program seperti Master In The House Malaysia dan Sampaikan Raya.
Diskografi & Filemografi Pilihan
Single Popular:
- "Satu Peluang" (2018).
- "Donde" (2019).
- "Penat" (2020).
- "DU" (2022).
- "Aku Nak Kahwin" (2026).
Drama & Telefilem:
- Melastik Ke Hatimu Musim 1 & 2 (Watak: Ziyyad Nazhan).
- Perisik Cinta Tak Diundang (Watak: Niyaz Aqasha).
- Boleh Saya Bantu? (Watak: Nasar).
- ME.N.U
Anugerah & Pencapaian
- Lagu Viral onzss (Donde): ERA Digital Muzik Awards 2019.
- Top 5 Artis Baharu MeleTOP: Anugerah MeleTOP Era 2019.
- Tercalon Penyanyi Lelaki Popular: ABPBH ke-33, 34, 35 & 37.
Nota Editor: Artikel biodata Andi Bernadee ini dikemaskini pada Mei 2026 berdasarkan rekod kerjaya terbaru beliau.
Admin & Content Creator Sports & Entertainment.

