Konsert minggu kelima Kilauan Emas 2025 menyaksikan seorang lagi peserta terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pentas berprestij ini. Shah diumumkan sebagai peserta yang tersingkir selepas menerima markah terendah iaitu 62.01%, sekali gus menamatkan perjuangannya dalam musim kali ini.


📌 Persembahan Shah: “Salam Kasihku”

Pada minggu kelima, Shah membawakan lagu klasik "Salam Kasihku" nyanyian asal Datuk M. Daud Kilau dengan penuh penghayatan dan vokal mantap. Namun, persaingan yang semakin sengit membuatkan Shah berada di kedudukan terakhir.

“Saya sudah cuba yang terbaik untuk minggu ini. Mungkin rezeki saya hanya setakat ini, tetapi saya tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk berada di pentas Kilauan Emas bersama peserta-peserta hebat lain,” kata Shah selepas keputusan diumumkan.


🏆 Keputusan Markah Minggu Kelima

Berikut merupakan markah penuh konsert minggu kelima Kilauan Emas 2025:


Markah Kilauan Emas 2025 Minggu 5



PesertaMarkah (%)
🥇 Zekrai82.73%
🥈 Mazleen81.88%
🥉 Kinar77.90%
Majid74.50%
Zanie71.00%
Leeza70.84%
Nawary69.47%
Ezan65.47%
Shah62.01%

Tempat pertama kembali menjadi milik Zekrai yang berjaya memikat hati juri dengan persembahan bertenaga. Manakala Kinar sekali lagi dinobatkan sebagai "Emas Berkilau Of The Week".


📺 Format Konsert & Barisan Juri

Konsert Kilauan Emas 2025 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105).

Musim ini menampilkan:

  • Pengacara utama: Elly Mazlein

  • Pengacara belakang pentas & diari: Joey Daud

  • Juri tetap: Primadona Malaysia, Erra Fazira

  • Juri jemputan: Pelawak Roy Azman & penyanyi bersuara emas Ning Baizura

  • Hos Spotlight: Zarul Husin (slot selepas konsert, jam 11.30 malam)

  • Hos Live+: Keanu Azman & Sarah Karmila

Konsert turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO dan aplikasi sooka.


🎶 Apa Seterusnya?

Minggu depan, baki lapan peserta akan berentap untuk mara ke minggu keenam. Persaingan dijangka semakin sengit dengan tema baharu dan cabaran lagu-lagu malar segar. Sokongan peminat akan memainkan peranan penting kerana markah pemilihan bergantung kepada gabungan juri profesional dan undian penonton.