Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA): Semakan Kelayakan & Pengkreditan Bantuan RM100

obay
0

 Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa seramai 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia kini boleh menyemak kelayakan mereka untuk menerima Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan tunai sebanyak RM100 akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad penerima bermula pada 31 Ogos 2025. Bantuan ini boleh digunakan hingga 31 Disember 2025.

Syarat Kelayakan Penerima

Syarat untuk menerima bantuan ini adalah pemegang MyKad yang berumur 18 tahun ke atas, lahir pada tahun 2007 dan sebelumnya. Bantuan ini termasuk bagi penerima SARA sedia ada.

Menurut kenyataan rasmi, kelayakan akan ditentukan secara automatik berdasarkan data pemegang MyKad daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Oleh itu, tiada pendaftaran atau permohonan diperlukan daripada pemegang MyKad.


Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Semakan Kelayakan & Pengkreditan Bantuan RM100


Penggunaan Bantuan Penghargaan SARA

Bantuan RM100 yang diberikan ini boleh digunakan di lebih daripada 7,300 premis runcit berdaftar, yang menawarkan lebih daripada 100,000 barangan keperluan dalam 14 kategori, termasuk:

  • Makanan asas

  • Kebersihan rumah dan diri

  • Ubat-ubatan

  • Keperluan sekolah

Namun, jika baki bantuan tidak digunakan sebelum 31 Disember 2025, ia akan diagihkan semula kepada golongan rentan melalui program-program Kerajaan MADANI yang akan ditentukan kelak.

Peringatan Kepada Orang Ramai

Kementerian Kewangan menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dengan tipu helah atau scam berkaitan bantuan Penghargaan SARA. Bantuan ini akan disalurkan secara langsung kepada MyKad penerima dan tidak memerlukan sebarang permohonan.


jom join telegram ini : https://t.me/kakidramamelayu


Sumbangan kepada NGO dan Tempat Ibadat

Kementerian juga menggalakkan penerima bantuan untuk menggunakan bantuan tersebut bagi tujuan kebajikan, seperti menyumbang barangan asas kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau tempat ibadat.

Kenaikan Peruntukan SARA

Dengan pelaksanaan Penghargaan SARA, jumlah keseluruhan peruntukan bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA bagi tahun 2025 meningkat kepada RM15 bilion, iaitu satu peningkatan sebanyak 50 peratus berbanding RM10 bilion pada tahun lalu.


Semakan dan Maklumat Lanjut

Penerima bantuan Penghargaan SARA boleh melakukan semakan kelayakan dan mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari portal rasmi SARA.

Tags

Post a Comment

0 Comments

Post a Comment (0)
3/related/default