Musim durian Pulau Pinang 2025 sudah kembali dengan meriahnya, khususnya di daerah Balik Pulau yang terkenal sebagai syurga durian di negeri ini. Raja buah ini sentiasa menjadi kegemaran ramai, tidak kira penduduk tempatan mahupun pengunjung dari jauh.
Setiap tahun, ramai yang tidak sabar menunggu musim durian untuk merasai keenakan pelbagai jenis durian yang ada di sini. Tahun 2025 ini, pesta durian dijangka lebih meriah dengan pelbagai jenis durian yang boleh dinikmati.
Musim Durian Pulau Pinang 2025 Sudah Bermula
Walaupun durian di jalan-jalan masih belum banyak berguguran, bau harum durian sudah mula menyerbak di sepanjang jalan di Balik Pulau. Ramai penggemar durian mula membanjiri kawasan ini untuk mencuba rasa durian segar yang terkenal.
Anda sudah bersedia untuk menawan raja buah yang penuh duri ini?
Durian Pulau Pinang: Kualiti Terbaik dan Pelbagai Jenis
Pulau Pinang memang tidak asing dengan buah durian. Kualiti isi durian yang lemak manis dan tekstur yang lembut menjadi punca kenapa durian dari sini sangat diminati ramai.
Terdapat pelbagai jenis durian yang popular di kawasan Balik Pulau, antaranya:
-
Musang King
-
Duri Hitam
-
Durian Kampung
-
Durian Susu
-
Durian Holo
-
Durian Kawin
dan banyak lagi.
Jenis Durian Baru di Musim 2025
Tahun ini, terdapat beberapa jenis durian baru yang mula mendapat perhatian seperti:
-
Kacang Hijau
-
Kampung Kawin
Jenis-jenis ini semakin mudah ditemui berbanding musim-musim sebelum ini. Kesemua jenis yang disebutkan ini adalah durian yang telah dicuba dan mendapat pujian kerana kualitinya yang memuaskan.
Tips Menikmati Musim Durian Pulau Pinang
Musim durian Pulau Pinang biasanya berlangsung selama 3 hingga 4 bulan, bermula dari bulan Mei sehingga Ogos. Ini adalah waktu terbaik untuk menikmati durian segar yang enak.
Beberapa tips penting jika anda ingin datang menikmati durian:
-
Datang ketika musim durian tengah peak supaya anda dapat durian yang segar dan banyak pilihan.
-
Jangan datang terlalu awal kerana durian belum cukup masak dan mungkin rasa kurang puas.
-
Jangan datang terlalu lewat kerana durian mungkin sudah jatuh dan mulai rosak walaupun baru gugur.
Dengan mengikuti petua ini, anda boleh menikmati durian terbaik dari Pulau Pinang.
Nikmati Durian Balik Pulau di Musim 2025
Pesta durian di Balik Pulau bukan sahaja satu acara makan buah, tetapi juga pengalaman budaya dan sosial yang menarik. Datanglah sendiri untuk mencuba durian segar yang baru mula gugur di kawasan ini.
Selamat menikmati musim durian Pulau Pinang 2025!