Komen Pedas Juri Semi Final Gegar Vaganza 11

Komen Pedas Juri Semi Final Gegar Vaganza 11. Selesai dengan jayanya persembahan minggu separuh akhir selangkah menuju ke final minggu lepas. Para bintang GV 11 memberikan yang terbaik dalam persembahan mereka namun terpaksa akur dengan satu penyingkiran. Ronnie Hussein terpaksa meninggalkan pentas GV hanya seminggu sebelum ke final.

Untuk minggu ke 11 itu, rata-rata sudah tahu apa nak buat. Namun ada juga yang tersalah langkah dan dapat teguran daripada para juri Gegar Vaganza. Jom kita baca rekap komen pedas juri semi final gv 11.


Komen Pedas Juri Semi Final Gegar Vaganza 11



Komen Pedas Juri Semi Final Gegar Vaganza 11 

Liza Aziz - Malaysia Baru & Bukan Dia Tapi Aku

“First song okay, tak bagus tak buruk, lagu kedua saya suka cara awak yang tersendiri, walaupun ada here and there ia mampat. Kalau masih ada next week saya nak awak tekan minyak,” Datuk Ramli M.S

“Kenapa saya berdiri, sebab saya mengamati awak memang berikan sepenuhnya bila lagu slow tapi kali ini awak seperti bercerita, saya suka..sukses,” Hetty Koes Endang


Ronnie Hussien - Cinta & Revolusi

“Kalau boleh jujur, kamu memang sesuai dengan lagu yang laju. Sebenarnya bukan lagu yang tak sesuai tapi kita yang kena sesuaikan lagu itu dengan diri kita, saya lihat kamu lebih enjoy lagu kedua berbanding lagu pertama kerana nampak kamu sangat berhati-hati. Tapi kalau ikut saya kamu aman,” Hetty Koes Endang


Zehra Zambri - Ingkar & Sampai Ke Bintang

“Untuk lagu yang pertama agak goyah, bila dah separuh awak punya nada tinggi memang champion. Saya sangat suka semasa chorus kedua. Saya suka transition dari lagu slow ke rancak mood awak memang bagus. Bila awak menari awak all out, cuma persembahan minggu ni kurang sedikit,” Datuk Syafinaz Selamat


Sheila Abdull - Drama & Satu

“Kalau semua teknikal awak kuasai awak boleh jadi penyanyi yang hebat, dalam persembahan ini penghayatan awak memang kena dengan persembahan tapi kamu kena perbaiki range bahagian tinggi. Tapi okay,” Datuk M. Nasir

“Minggu ni awak nak balas dendamkan, lagu pertama saya suka cuma kalau boleh diperbaiki ekpresi muka kena lembut sedikit, dan saya suka bila awak nyanyi ada dinamik. Untuk lagu kedua awak nyanyi dengan tepat sekali cuma kena perbaiki untuk head voice,” Datuk Syafinaz Selamat


The Lima - Terhangat Di Pasaran & Jangan Lafazkan

“Hari ni Datuk Norman (Bony) bagus, Yusry (Taura) Okay. lagu ini adalah lagu boss kamu,lagu buronan dan lagu terhangat di pasaran sama air lagu cuma kurang kamu bawak hari ini.

“Tapi hari ini Bony kamu okay, kekalkan macam tu kalau sampai final,” Datuk Ramli M.S


Ning Baizura - Sangkar Cinta & Ingin Bersamamu

“Apa yang saya suka, awak tahu range yang awak selesa. Sama seperti yang lain jangan potongkan ayat itu, saya rasa persembahan awak tadi sangat terkawal. Secara keseluruhan saya nampak peningkatan dalam persembahan. Saya rasa ini adalah persembahan terbaik awak setakat ini,” Datuk Syafinaz Selamat

Dadali Dyrga - Apokalips & Suatu Masa Impian

“Yang pertama tadi bagus, tidak mudah untuk menyanyikan lagu yang sangat kuat. Kemana sahaja kamu selama ini? Kamu menyanyi mempunyai rasa. Jangan cepat puas,” Hetty Koes Endang


Berikut adalah keputusan penuh peserta GV11 mengikut ranking:



Untuk minggu separuh akhir, bintang Gegar Vaganza dicabar dengan tema ‘Separuh Akhir’ dimana mereka harus menyanyikan lagu berentak perlahan dan laju secara medley.

Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.

Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.

Lebih istimewa, minggu separuh akhir juga menyaksikan Datuk M.Nasir menjadi juri jemputan.

Baca Juga
Post Navi

Post a Comment

0 Comments