Kekalahan ini Di Luar Jangkaan - Aaron Chia. Semalam kita lalui satu peristitwa yang menyedihkan apabila pasangan beregu lelaki negara iaitu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kalah ditangan pasangan taiwan dalam penentuan straight set.
Rata-rata yang melihat perlawanan ini sangat sedih dengan prestasi Aaron dan wooi yik kerana selalunya mereka berdua tidak buat kesilapan mudah yang membolehkan lawan mereka mengalahkan mereka.
Dalam game semalam dari set pertama dan set kedua, memang nampak kekurangan mereka dan banyak sangat buat salah sehingga mereka dihukum dengan kekalahan. Aaron chia dan soh wooi yik kalah dengan keputusan 14-21, 18-21.
Aaron berkata kepada media selepas perlawanan itu dengan berkata :
"Ada rasa sedikit sedih sebab tak dapat bagi hadiah perpisahan kepada Bin Shen.
"Tapi sekurang-kurangnya kami sudah bagi kejayaan kepadanya pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024. Kekalahan hari ini tidak dijangka.
"Kekalahan ini di luar jangkaan. Sebenarnya hari ini (prestasi) kami kurang dan gagal untuk beri tekanan kepada mereka. Kami banyak memberikan banyak mata mudah menerusi beberapa kesilapan yang tidak sepatutnya.
"Buat masa sekarang kami perlu lebih fokus (ke Terbuka India) selepas ini," kata Aaron ketika ditemui selepas tamat perlawanan.
Wooi Yik pula menambah komen mengenai kekalahan mereka semalam dengan berkata :
"Kami tidak sabar untuk mematikan bulu tangkis dan itu membuatkan kami banyak melakukan kesilapan mudah dan beri lawan mengutip mata.
"Ini satu pengajaran dan kami akan berusaha bangkit di kejohanan seterusnya," katanya.
--
Kita harap pemain beregu lelaki negara kita ini dapat segera bangkit dan meneruskan rentak kemenangan mereka di perlawanan seterusnya di terbuka India pula selepas ini. Ayuh Bangkit !!
0 Comments