Teo EE Yi dan Ong Yew Sin Kecewa Gagal Ke final China Open

Teo EE Yi dan Ong Yew Sin Kecewa Gagal Ke final China Open. Jelas terpancar kekecewaan di muka beregu lelaki negara selepas mereka kalah kepada beregu tuan rumah di pusingan semi final terbuka China baru-baru ini.

Namun aku melihat ini juga sudah menjadi prestasi terbaik mereka dalam kejohanan super 1000 walaupun terkandas di peringkat semi final.


Teo EE Yi dan Ong Yew Sin Kecewa Gagal Ke final China Open


 Teo Ee Yi berkata mereka tidak menyesal dan mengakui yang banyak perkara mereka belajar dari perlawanan semi final tempoh hari. 


"Kami tidak menyesal, banyak yang kami belajar dalam perlawanan hari ini (tempoh hari). Kami akan jadikannya sebagai iktibar untuk menghadapi kejohanan seterusnya.



"Kami bermain dengan baik dalam kejohanan kali ini. Sebelum ini kami berehat selama empat hingga lima bulan dan baru sahaja kembali menyertai kejohanan.


"Berjaya mara ke separuh akhir tetap suatu yang positif untuk kami," kata Ee Yi 

Tahniah diucapkan kepada pasangan beregu lelaki negara ini sebabnya mereka sudah pun membanggakan kita sebagai rakyat malaysia dengan melayakkan diri ke pentas semi final. Bukan mudah bermain di super 1000 ni tau.

Good job Teo EE yi dan Ong Yew Sin.


Post a Comment

Previous Post Next Post