Bukan Persembahan Terbaik Kami kata Goh Sze Fei

Bukan Persembahan Terbaik Kami kata Goh Sze Fei. Perlawanan di terbuka China semalam menyaksikan beregu lelaki negara, Goh Sze fei dan Nur Izzuddin hampir kalah kepada pemain China namun mereka berjaya bangkit di set kedua dan ketiga.

Ramai melihat ada perkembangan positif terhadap permainan mereka namun lain pula yang diperkatakan oleh Goh Sze Fei apabila dia melihat masih banyak lagi yang perlu di perbaiki dan mereka perlu cepat menyesuaikan diri dengan China Open 2024 kali ini.


Bukan Persembahan Terbaik Kami kata Goh Sze Fei



Goh Sze Fei berkata : 

"Saya rasa hari ini bukan persembahan terbaik kami. Kami ditekan dengan cepat dalam perlawanan itu tapi kami bersyukur kerana kami dapat bangkit semula pada set kedua dan ketiga untuk mara ke pusingan kedua.


"Mereka sangat pantas, kami cuba mengejar kelajuan mereka dan cuba menyerang lebih banyak untuk mendapatkan mata," katanya.

Dalam perlawanan semalam, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin menang dengan keputusan 17-21, 21-12, 21-18 dalam masa 53 minit.

Secara jujurnya aku lebih suka tengok game semalam dari game sewaktu terbuka hong kong yang diorang balik awal tu. Jangan risau, improvement sudah ada dan kita harap momentum itu diteruskan dalam kejohanan-kejohanan yang mereka sertai.

Good Job Fei Din! 


Post a Comment

Previous Post Next Post