Sinopsis Racun Rihanna

Sebuah drama menarik, RACUN RIHANNA dikuatkan dengan pelakon terkenal seperti Intan Najuwa, Jasmine Suraya, Rita Rudaini dan Norazah Aziz.


Drama ini mula ditayangkan di tv3 sejak 30 April 2024 dan ditayangkan menggantikan drama lelaki itu yang sudah tamat siarannya.


Drama ini ditulis skripnya oleh Marr Mohamad & Irwan Mansor. Ia diarahkan oleh Ejump Mohd. Cerita  lain yang sedang ditayangkan adalah seperti telefilem Hamba Iblis lakonan Ameerul Affendi tau. 


Sinopsis Racun Rihanna



Sinopsis


Racun Rihanna mengisahkan tiga sahabat dari zaman Universiti iaitu Marya, Fateni dan Ayumi. Mereka menjadikan Rihanna sebagai adik angkat dalam kehidupan mereka. 


Namun suatu malam, satu tragedi berlaku apabila tiga orang kakak angkatnya tanpa sengaja prank dan menjebaknya dengan dadah hingga Rihanna dirogol secara beramai-ramai di sesuatu tempat. 


Mimpi gelap Rihanna membuatkan hidupnya musnah sekelip mata. Apakah pengakhirnya?


Info Dan Pelakon


Tajuk Drama : Racun Rihanna

Episod : 15

Tarikh Mula Tayangan: 30 April 2024

Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam


Barisan pelakon dan watak mereka dalam racun rihanna adalah seperti Intan Najuwa sebagai Rihanna, Arena Lieya sebagai Rihanna (remaja), Jasmine Suraya sebagai Ayumi, Rita Rudaini sebagai Marya dan Norazah Aziz sebagai Fateeni.


Pelakon lain yang terlibat adalah Serra Kamal sebagai Fateeni, Hanna Halim sebagai Marya, Puteri Khareeza sebagai Ayumi, Kimberly Chuah sebagai Chloe, Azlee Khairi, Nazrief Nazri dan Aidit Noh


Tambahan pula, pelakon hebat yang menguatkan jalan cerita rihana ni adalah Michelle Wee, Ameerul Asyraf, Jabir Meftah dan juga Syefikk.


Tonton Online


Drama ini ditayangkan di slot Samarinda di TV3 dan kalau korang terlepas boleh tonton semula di saluran Tonton.com.my.

Senarai lagu yang digunakan sebagai OST racun Rihanna ini adalah seperti                                                                                                                                                                                

"Dilema" - Kaka Azraff 

"Gelita" - Ernie Zakri

"Ganti" - Siti Nurhaliza feat Nao Zumar

"Amarah" - Siti Nurhaliza & Krisdayanti

"Berat Hati" - Dina Nadzir & Hazrul Nizam


Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama terbaru ini dan pasti jalan eritanya menarik dan tidak membosankan. Selamat menonton.


Previous Post Next Post