Telefilem seram, Hamba Iblis menceritakan tentang seorang lelaki yang sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan gadis idamannya walaupun dengan cara gelap. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Amerul Affendi, Siti Saleha dan Nam Ron. 


Sebenarnya telefilem ini pernah ditayangkan pada tahun 2018 yang lalu dan akan diulang siar semula pada bulan Ogos 2023 ini.


Telefilem Hamba Iblis



Sinopsis Hamba Iblis


Telefilem ini mengisahkan tentang Tahir yang sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan Aishah. Dengan bantuan kawan baiknya, Malik, Tahir mendapatkan khidmat Tok Bomoh.


Setelah menunaikan permintaan Tok Bomoh supaya setiap malam bulan mengambang, jin yang digunakan untuk mendapatkan Aishah hendaklah dijamu dengan darah haid, akhirnya hasrat Tahir tercapai.


Setelah setahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak, Anis, Tahir sekali lagi mendapatkan khidmat Tok Bomoh untuk hidup mewah bagi membahagiakan Aishah dan mengambil hati arwah bapa mentuanya.


Namun kali ini syarat yang ditetapkan amat ketat. Jika Tahir gagal ‘menjamu’ jin peliharaannya dengan darah manusia yang mati dibunuh, sama ada Aishah akan jadi milik jin peliharaannya sampai bila-bila ataupun nyawa anak kesayanganya menjadi taruhan


Pada masa sama pula, bekas kekasih Aishah, Halim (Nam Ron) baru pulang ke kampung setelah enam tahun menghilangkan diri dan selepas itu, bermula satu per satu konflik dan penemuan sebuah jawapan.


Info dan Pelakon


Telefilem hamba iblis ini kali pertama ditayangkan pada hari Sabtu, 31 Mac 2018 pada jam  9.00 malam. Tayangan terkininya pula akan berlangsung pada 5.8.2023 pada jam yang sama.

Ia ditayangkan di slot citra exclusive tau. Skripnya ditulis oleh Mazelan Manan dan diarahkan oleh Razaisyam Rashid.

Antara barisan pelakon yang terlibat adalah

  • Amerul Affendi

  • Siti Saleha

  • Namron

  • Ken Ridzuan

  • Mior Hashim Manap

Jangan lupa untuk tonton hamba iblis ini di tayangan terkini cerita ni ya. Sebab astro akan ulang siar telefilem ni dari masa ke semasa tau. Selamat menonton.

Previous Post Next Post