Durian Oh Durian | Sinopsis Dan Full Video

Musim raja buah sedang mengganas, Telefilem Durian Oh Durian pula ditayangkan di slot cerekaahad sempena musim buah yang sedang melanda negara.


Sebenarnya telefilem ini sudah pernah ditayangkan sebelum ini. Ini kiranya untuk ulang siar sekali lagi untuk peminat-peminat cerita melayu.


Kali pertama ia ditayangkan adalah pada 21 Disember 2019 dan akan diulang siarkan pada 26 Mei 2024 ini pada hari Ahad nanti.


Oh ya, suka aku nak kongsikan mengenai telefilem Makbul yang akan ditayangkan pada hari sabtu 25 Mei ini. Cerita ni sedih dan dibintangi pelakon hebat tau.

 


Durian Oh Durian | Sinopsis Dan Full Video


Info dan Pelakon


Pelakon utama yang terlibat dalam telefilem durian oh durian ini adalah seperti Ungku Ismail Aziz, Bella Dally, Dian P. Ramlee dan juga Jalaluddin Hassan.

Pengarah : Ungku Ismail Aziz.

Waktu Tayangan Pertama : Sabtu, 21 Disember 2019, 9:00 malam

Waktu Tayangan Kedua :  Ahad, 26 Mei 2024, 9 pm.

Saluran Tayangan : Slot Cerekarama TV3

SINOPSIS TELEFILEM DURIAN OH DURIAN


Cerita ini mengisahkan seorang lelaki bernama Midie.  Dia ni seorang yang sangat menyukai dengan pokok durian yang ditanam oleh arwah datuknya.

Kalau boleh dia nak tengok pokok itu berbuah. Namun selepas 29 tahun, pokok itu masih belum berbuah. Sebab itulah setiap hari Midie akan melihat pokok tu sama ada sudah berbuah atau tidak.

Kamariah yang juga ibu kepada Midie mahu menebang pokok tersebut dan gantingkan dengan pokok yang baru sebab pokok sedia ada tidak berbuah.

Ditambah pula dengan adiknya yang baru pulang ke kampung juga mahu menggunakan ruang yang besar untuk tanam pohon herba.

Apabila Midie dapat tahu, dia marah sangat dan membangkan cadangan emak dan adiknya itu. Baginya pokok itu ditanam sama dengan usia dirinya dan cukup sinonim dengan dirinya.

Dapatkah Midie menghalang ibu dan adiknya menebang pokok itu atau dia akan menyerah kalah dengan mereka?


Review Jujur



Aku dah tengok cerita ni dan aku boleh katakan untuk review durian oh durian adalah ia sangat santai dan bersifat kekeluargaan. Pasti ia sangat selesa untuk ditonton seisi keluarga tanpa mengira had umur.

Banyak elemen dan mesej kekeluargaan di tonjol dalam cerita ini di samping menekankan elemen kasih sayang antara satu sama lain.

Jangan lupa untuk tonton cerekarama ini pada 26 hb Mei 2024. Bagi yang belum tahu, cerita ini di arahkan oleh Ungku Ismail Aziz tau.

Tak sabar pulak nak tengok sekali lagi hujung minggu ni. Best atau tidak nanti korang komen dekat bawah ya. hehe

Selamat menonton.

Post a Comment

Previous Post Next Post