Biodata Aepul Roza Peserta The Hardest Singing Show

Penyanyi yang juga suami kepada Leez AF ini semakin dikenali ramai, jom kita baca biodata Aepul Roza peserta the hardest singing show 2024.

Pemilik nama penuh Noor Syaiful Mohd Zalaludin ini bukan asing dalam dunia seni tanah air apabila dia merupakan vokalis kumpulan Drama Band yang sudah mengeluarkan banyak lagu hit dan viral.

Epul merupakan antara penyanyi bergenre Pop Rock dan Indie. Dia juga berkemahiran bermain alat musik tau.

Aepul bersama dengan 8 peserta the hardest singing show antaranya Alyah, Aishah Retno, Ayda Jebat, Defam, Putera Muhammad, Stacy, Kaka Azraff dan juga Zizi Kirana berentap merebut gelaran juara.


Biodata Aepul Roza Peserta The Hardest Singing Show



Biodata


Nama sebenarnya, Noor Syaiful bin Mohd. Zalaludin.

Nama Artis, Aepul Roza.

Tempat Lahir Kuala Lumpur 

Tarikh Lahir : 19 April 1988

Umur : 36 tahun.


Instagram : Aepul Roza Instagram


Info menarik


Kali pertama debut sebagai penyanyi adalah menerusi rancangan My Starz LG dan selepas itu dia bergerak solo dan berduet dengan penyanyi-penyanyi lain.


Antaranya adalah  duet menerusi Selamatkan Aku duet bersama Aweera dan Fiq Halim pada 2017 dan Kenyalang I'm in Love gandingan bersama Mimie Haris untuk OST Kenyalang I'm in Love pada 2018.


Kemudian menyertai Drama Band dan telah mengeluarkan dereta lagu-lagu hits seperti Babak Pertama pada 2011, Cerita Dia (2012), Jiwa (2014), Biarkanlah (2015), Mencinta Kamu (2016), Drama (2019), Satu Satu (feat AG Coco) dan Kayangan (2020).


Mampukah Aepul Roza mencipta kejutan dalam rancangan baru the hardest singing show 2024 ini? sama-sama kita nantikan sampai ke final atau tidak ya. 


Jom kongsikan biodata aepul roza ni ya!


Post a Comment

Previous Post Next Post