Senarai Peserta The Hardest Singing Show

Rancangan realiti nyanyian, the hardest singing show bakal memulakan tayangannya tidak lama lagi dan yang pasti peserta the hardest singing show bukan kaleng-kaleng.


9 orang peserta hebat dan power bakal berentap dalam pertandingan ini dan pasti formatnya lain daripada yang lain. Kalau korang rasa macam program lain jer, jawapan korang memang salah.


Aku bocor sikit, salah seorang peserta adalah juara the masked singer malaysia 4 tau!. hehe cuba teka.

 

Format


Ramai yang anggap program ni tak ada jauh beza dengan yang lain, tapi hakikatnya ia berbeza. Format terkini program ini adalah memfokuskan kepada kreativiti peserta dan tidak menilai vokal mereka.


Senarai Peserta The Hardest Singing Show




Semua dah tahu, vokal peserta memang dah power dengan pengalaman mereka jadi kali ini mereka beraksi 10 minggu dengan perlu mengetengahkan wowment ship atau element WOW dalam persembahan.


Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh berkata, 


"Pembaharuan format ini ditambah untuk memberi keunikan kepada rancangan-rancangan nyanyian kami yang sering mendapat sokongan padu daripada para penonton dan peminat.


"Kami yakin ‘THSS’ bakal memberi pengalaman baharu kepada semua termasuk barisan peserta ternama yang akan bersaing dalam rancangan ini," katanya.

Hos dan Juri


Kali ini kita lihat gandingan baru iaitu Nabil dan Rina Nose sebagai pengendali the hardest singing show ini. 


Manakala Edry Abdul Halim, Datuk Rossa dan Zizan Razak dipilih untuk memberi pemarkahan 100%  mengenai peserta yang bertanding.


Tiada undian peminat dalam program ini. 

Peserta


Senarai Peserta The Hardest Singing Show


barisan sembilan peserta the hardest singing show yang terdiri daripada penyanyi terkenal. Antaranya adalah Datin Alyah, Kaka Azraff, Epul Roza, Aisha Retno dan Stacy. Zizi Kirana, Putera Muhammad, Ayda Jebat dan kumpulan De Fam.


Hadiah

Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM 150,00 beserta dengan trofi daripada pihak Astro. 


Sebagai penutup, The Hardest Singing Show bakal mula ditayangkan bermula 12 Mei depan menerusi siaran Astro Ria, setiap Ahad pada jam 9 malam.


Previous Post Next Post