Telefilem Syawal Untuk Semah menceritakan tentang seorang anak derhaka terhadap ibunya sehinggakan maknya itu kehilangan adik beradik. 

Barisan pelakon hebat membintangi cerita ini. antaranya adalah Norlia Ghani, Fauziah Nawi dan Fahrin Ahmad. 

Cerita ini disiarkan pada 13 April 2024 dan merupakan siri ulangan daripada tayangan pertama pada tahun 2019 yang lalu.


Telefilem Syawal Untuk Semah


Oh ya, sebelum tu, aku baru teringat ada telefilem kurung kerawang untuk adik yang sangat menyentuh perasaan tau. Korang yang belum tengok boleh tengok tau.


Sinopsis telefilem syawal untuk semah


telefilem ini mengisahkan tentang seorang ibu bernama semah yang sangat sayangkan anaknya bernama aidil sehingga anaknya itu naik kepala.

Sampai satu tahap, Semah nak jual tanahnya kerana mahu membantu anaknya memulakan perniagaan. Namun hasratnya di halang ibu saudara aidil bernama mak timah.

Aidil berang dan marah, Dia cuba menghasut ibunya dengan mengatakan mak timah buat macam tu sebab tak mahu bantu mereka sekeluarga.

Sehinggalah hubungan Semah dan Timah menjadi buruk sedangkan mereka sangat rapat. Apakah kesudahan cerita ini? kalau nak tahu, korang kenalah tonton sampai habsi telefilem ni ya.

Baca Juga

    Ada satu telefilem menarik untuk korang, Cerekarama Seharum Firdausi yang dibintangi pelakon Mubarak Majid dan juga Azhan Rani. Jalan cerita dia best tau.


    Info dan Pelakon


    Tajuk Telefilem : SYAWAL UNTUK SEMAH 

    Lagenda-lagenda pelakon tanah air membintangi cerita ini. Antaranya adalah Norlia Ghani, Fauziah Nawi, Fahrin Ahmad, Nabila Huda, Syazuwan Hassan


    PENULIS SKRIP : Basri Musa

    PENGARAH : Rashid Sibir

    Waktu Tayangan : Rabu, 5 Jun 2019, 4:00 petang

    Tayangan Kedua : 13 April 2024 jam 10 pagi.

    Saluran Tayangan : TV3 


    Jangan lepaskan peluang untuk menonton telefilem ini sebabnya jalan cerita dia menarik dan paling penting para pelakon menjiwai setiap skrip yang dilontarkan. Selamat menonton.