Telefilem Hantu Raya Balik Kampung

Telefilem menarik, Hantu Raya Balik Kampung menggambarkan kisah 3 beradik yang masih kecil pulang ke desa untuk menyambut aidilfitri.


Dibintangi pelakon kanak-kanak seperti Danish Hazriq, Habiel Lutfillah dan Duera Mitilda. Manakala pelakon legend seperti Azlee Senario, Sharif zero dan Diana Johor.


Kali pertama ia ditayangkan adalah pada 9 Jun 2019 pada jam 9 malam di saluran TV3. Korang boleh tonton juga telefilem Obsesi yang ditayangkan pada sabtu ini.


Telefilem Hantu Raya Balik Kampung



Sinopsis Telefilem Hantu Raya Balik Kampung


Telefilem ini mengisahkan 3 adik beradik bernama  Leha, Azam dan Kifaayat yang masing-masing berumur 10 tahun. 


Dah nak raya, jadi mereka pulang ke desa tempat tinggal datuk dan nenek mereka. Tapi kali ini diorang ada misi yang perlu diselesaikan iaitu kumpul duit raya siapa yang paling banyak.


Mulalah pelbagai akal untuk menyelesaikan misi tersebut. Bila dah dapat semua, mereka mengira duit raya tu disebuah pondok tempat diorang selalu lepak.


Nak dijadikan cerita, tiba-tiba pondok tu runtuh! Haa sudah! Penunggu pondok tersebut mula menghantui mereka.Dapatkah mereka keluar dari timbunan runtuhan tersebut?


Info dan Pelakon


Tajuk : HANTU RAYA BALIK KAMPUNG

Waktu tayangan : Ahad, 9 Jun 2019, 9:00pm 

Senarai pelakon cerita ini terdiri daripada Danish Hazriq, Habiel Lutfillah, Duerra Mitilda, Azlee Senario, Diana Johor, Sharif Zero, Lan Zailan, Syel Ramlan dan Faizul Syaharin.


Tonton


Sebelum ini disiarkan di saluran cereka ahad di tv3 dan tahun 2024 pula, ia akan ditayangkan pada 28 April 2024 di saluran yang sama. 

Ini juga merupakan karya arahan Feroz Kader. Jangan lupa untuk saksikan malam ini ya! 


Previous Post Next Post