Sinopsis Filem Sheriff Narko Integriti (2024)

Sinopsis Filem Sheriff Narko Integriti merupakan cerita pasal polis yang nekad menyelesaikan kes dadah tanpa bantuan sesiapa kerana rasa orang lain tak boleh pakai.

Filem ini telah cecah 1 Juta Kutipan untuk tayangan awal. Ia merupakan karya arahan Syafiq Yusof yang merupakan anak kepada Yusof Haslam. 

Mengetengahkan elemen polis menangkap polis menjadikan cerita ini lain daripada lain dan tidak sama dengan Polis Evo serta lain-lain.

Telah mula ditayangkan sejak 18 April 2024 di semua pawagam di Malaysia dan Singapura. 

Suka aku nak kongsikan mengenai filem Jadi Raya Tak Jadi yang dilakonkan oleh Fikry Ibrahim yang ditayangkan di Astro First. Korang dah tengok ker? 



Sinopsis Filem Sheriff Narko Integriti (2024)



Sinopsis filem Sheriff


Filem ini mengisahkan seorang anggota polis yang bernama Nazri. Dia yang terlibat dalam jabatan Narkotik merasa pelik apabila masalah dadah Tony Ifrit bagaikan ada yang menolong mereka bebas.

Undang-undang pun tidak mampu menghalang aktiviti tersebut sehinggakan Nazri nekad menyelesaikan masalah tersebut sendiri.

Manakala Sheriff pula seorang aggota polis di Jabatan Integriti dan dia ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes ‘Meth Killer’. 

Siapakah Meth Killer tersebut? Jadi Sherif dan Nazri bergabung dan mencari siapakah disebalik manusia yang membelot dan membela penjenayah tersebut.

Kalau korang nak tahu, kenalah tonton di pawagam.

Info dan Pelakon

Tajuk Filem : Sheriff

Genre: Aksi Thriller

Barisan Pelakon yang terlibat dan watak mereka adalah seperti Zul Arifin sebagai Sheriff, Syafiq Kyle sebagai Nazri, Azira Shafinaz sebagai Sha, Elizabeth Tan sebagai Jane, dan Dato’ Aaron Aziz sebagai Tony Ifrit.


Sinopsis Filem Sheriff Narko Integriti (2024)

Selain itu kita juga ada pelakon Sharuddin Tamby sebagai Malik, Nick sebagai Hong, Meynillen sebagai Naga, Amir Nafis sebagai Farouk, Kodi Rasheed sebagai Daus, Esma Danial sebagai Roslan,Hazama sebagai Amirul Asyraff dan Azri Iskandar sebagai Husin.

Kita juga ada pelakon Kamal Affendi sebagai Afsham, Shryim sebagai Rudy dan  Natasha Mahyan sebagai Wani.

Tarikh Tayangan: 18 April 2024

Cerita Asal: Syafiq Yusof

Lakon Layar: Nazifdin Nasrudin, Syafiq Yusof

Pengarah: Syafiq Yusof

Produksi: Skop Productions & Astro Shaw


Ramai yang buat review mengenai filem syeriff ni tapi aku tak mau kongsikan lagi sebabnya masih awal ditayangkan. Jadi taksyok lah kan. Apa-apa pun korang kena tengok di pawagam. 

Kasi pecah rekod tayangan lawan mat kilau dulu ya.


Kutipan Tayangan Awal

 Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti terus melakar kejayaan selepas meraih kutipan sebanyak RM16.3 juta dalam empat hari tayangan rasmi dengan satu hari tayangan awal.

Datuk Yusof Haslam berkata;

“Alhamdulillah, syukur atas sambutan memberangsangkan filem Sheriff. Pihak kami bersama barisan pelakon ada mengunjungi pawagam-pawagam di sekitar Lembah Klang pada hujung minggu lalu.

“Kami rasa amat teruja dan terharu melihat reaksi luar jangkaan penonton dari pelbagai lapisan usia dan latar belakang.

“Meskipun rakan-rakan media serta peminat mula berteka-teki mengenai sejauh mana kutipan Sheriff, namun mash terlalu awal untuk meletak harapan tinggi.

“Kami sentiasa bersyukur dengan momentum positif ini. Terima kasih kepada semua atas sokongan terhadap filem ini,” ujarnya.

Sheriff terbitan dua penerbit besar tempatan, Skop Productions & Astro Shaw


Previous Post Next Post