Sinopsis Filem Jadi Raya Tak Jadi

Sinopsis Filem Jadi Raya Tak Jadi mengisahkan tentang jejaka bernama Farid yang tinggal di Amerika pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.


Filem komedi ini dilakonkan oleh Adam Eji dan Fikry Ibrahim dan akan ditayangkan di saluran Astro First saluran 480 atau di On Demand Store.


Sinopsis Filem Jadi Raya Tak Jadi



Tonton juga : Telefilem Chinta Wrong Direction Raya.


SINOPSIS JADI RAYA TAK JADI


Niat Farid yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut aidilfitri bukan mudah. Ada sahaja dugaan dan ujian. Perjalanan jauh bukan penghalang untuk dia menyambut hari raya dengan datuk dan neneknya.

Tiba sahaja di KLIA, semua barang dia hilang dan dia berjumpa dengan Murad. Jejaka ini membantu Farid untuk pulang ke Kampung. Namun dia tidak mengenali siapa murad.


Dalam perjalanan ke kedah itu membuatkan Farid takut dengan Murad sebab kelakuan murad agak lain sehingga Farid nekad untuk balik sendiri tanpa bantuan murad.


Siapa sebenarnya si murad tu? seram pula kan. kalau nak tahu, kenalah tengok di saluran Astro First. 

Info dan Pelakon


Tajuk Filem : Jadi Raya Tak Jadi

Tarikh Tayangan: 4 April 2024


Barisan Pelakon yang terdiri dari Adam Eji yang membawa watak sebagai Farid. Manakala Fikry Ibrahim sebagai Murad. Antara pelakon lain yang terlibat adalah Farouk Hussain, Azhar Sulaiman, Dewa Sapri dan Din Latah


Pengarah: Isqandar Jebat

Penulis Skrip: Isqandar Jebat

Produksi: Multimedia Entertainment


Tonton


Bagi yang nak tahu cara tonton filem raya tak jadi ini, anda perlu melanggan di saluran Astro First tau untuk menonton. Korang langgan sekali dan boleh tonton banyak kali.

Itu kelebihannya. Jadi terus ke channel Astro first ya. Selamat menonton.


Previous Post Next Post