Stacy Bunga Matahari Juara The Masked Singer Malaysia 2023

Setelah 7 minggu merangkul juara mingguan berturut-turut, Maskot Bunga Matahari boleh didedahkan identitinya iaitu Stacy Bunga Matahari. Patutlah suara padu gila kan.


Stacy yang juga merupakan Isteri kepada penyanyi terkenal Akim Ahmad mencipta rekod dalam rancangan the masked singer malaysia selepas berjaya menjadi juara untuk 8 minggu tau.


Minggu akhir, bunga matahari membawa lagu Lathi oleh Weird Genius ft. Sara Fajira, Bunga Matahari berjaya menewaskan empat maskot lain.


Stacy Bunga Matahari Juara The Masked Singer Malaysia 2023



Lagu kedua Cinta oleh Marsha Milan menjadi pilihan stacy bunga matahari. Dia juga membawa pulang trofi kemenangan.


Stacy juga meluahkan rasa syukur menamatkan the masked singer malaysia dengan baik. 


 "Alhamdulillah saya bersyukur, akhirnya dah settle nak angkat si kepala matahari yang berat tu, tapi saya pasti akan merindui momen-momen di mana saya diambil lepastu kena pakai topeng lepastu saya kena dengar cakap nak terkencing pun tunggu kami. '


Ditempat kedua adalah Namie dengan maskot mat helang. Manakala di tempat ke tiga dimenangi oleh sang kancil yang mana identitinya adalah Danial zaini.


Ditempat keempat pula menjadi milik Biskut Aiskrim dan identiti disebalik maskot itu adalah Adinda. Ramai yang tak kenal dengan adinda tapi dia merupakan penyanyi yang sedang meningkat naik dalam industri seni kita.


Ditempat kelima pula adalah Teratai yang merupakan Nabila Razali. Nyanyian Bella dapat pujian daripada juri setiap minggu. Memanglah sedapkan sebab memang penyanyi.


Maka berakhir sudah the masked singer malaysia musim keempat dan kita bakal berjumpa semula di musim hadapan!


Previous Post Next Post