Filem Sheriff NO 1

Filem yang semakin meningkat naik, SHERIFF kini dinobatkan sebagai filem no 1 di Malaysia bagi tayangan tahun 2024 selepas mengutip jumlah kutipan  RM35.3 juta untuk 11 hari tayangannya.


Filem Sherifff NO 1

Baca juga : Sinopsis Filem Sheriff: Narko Integriti Lakonan Zul Ariffin, Syafiq Kyle dan ramai lagi


Pengarahnya Syafiq Yusof, 32 berkata; 


"Alhamdullilah, Sheriff masih mendapat sambutan menggalakkan di pawagam meskipun sudah memasuki hari ke-11. Saya ingin ambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton yang menerima Sheriff.


"Serta pihak media dan pempamer yang banyak memberi sokongan pada Sheriff sejak mula lagi sehingga filem ini berjaya menjadi filem nombor satu kutipan tertinggi tahun ini," katanya.

--

Penonton tak akan bayar lebih jika filem itu tidak best. Jadi jika kutipan yang banyak macam ini menandakan filem ini berkualiti dan lain daripada yang lain.


Kalau korang belum tengok lagi tu, boleh tonton di pawagam berdekatan anda ya.


Previous Post Next Post