Bella Astillah Tarik Diri Dari Berlakon Dengan Ruhainies

Isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz, Bella Astillah telah membuat pertemuan dengan penerbit drama Terjerat iaitu Datuk Seri Jaspal yang mana dia yang berlakon bersama Ruhainies.


Dalam drama itu, Bella melakonkan watak sebagai perampas suami kepada Ruhainies yang menjadi kakaknya dalam cerita tersebut.


Bella Astillah Tarik Diri Dari Berlakon Dengan Ruhainies



Bella membuat keputusan itu susulan daripada berita tular yang melibatkan suaminya dengan ruhainies yang tular sebelum ini.


Pelakon itu berkata;  


"Sebelum keputusan ini dibuat, saya bertemu dengan beliau terlebih dahulu.


"Beliau memahami situasi saya dan menerima keputusan yang saya pilih," katanya 


"Terima kasih Datuk Seri Jaspal. Terima kasih kerana memahami. Panjang umur dan ada rezeki, kita bekerjasama lagi," katanya.


Terkini, Bella sudah mengfailkan permohonan cerai sekali lagi kepada suaminya selepas apa yang berlaku pada minggu lepas. 


Previous Post Next Post