Aliff Aziz Dicekup Khalwat Dengan Pelakon Wanita Popular

Adik Bella Astillah, Didi Astillah sahkan Aliff Aziz dicekup khalwat dengan pelakon wanita popular seperti yang dilaporkan media sejak semalam.


Berita mengejutkan apabila Harian Metro membuat laporan mengenai pelakon lelaki dicekup khalwat bersama pasangannya. 


Aliff Aziz Dicekup Khalwat



Didi Astillah berkata; 


"Ya, mereka (Aliff Aziz dan pelakon wanita) ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)," 


"Kalau boleh beri ruang kepada kakak saya untuk dia bertenang terlebih dulu sebab apa yang berlaku ini amat mengejutkan kami sekeluarga.


"Kami pun tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Insya-Allah apabila kakak saya sudah bersedia dia akan berikan kenyataan," katanya ketika ditemui di pejabat Jawi.


"Sebagai adik saya tidak mahu masuk campur urusan keluarga kakak saya. Cuma kami sekeluarga kenal rapat dengan pelakon wanita itu tetapi tak tahu sejauh mana hubungan mereka.


"Saya pun tak berani nak cakap berapa kerap sudah mereka keluar bersama," katanya.


Didi dan kakaknya hadir ke mahkamah selepas mendapat laporan mengenai penangkapan abang iparnya itu dan meminta media memberi ruang kepada kakaknya untuk melalui cabaran ini.


SUMBER : HARIAN METRO


Previous Post Next Post