Aliff Aziz Mohon Maaf

Aliff memohon maaf kepada semua atas apa yang sudah berlaku semalam selepas dia ditahan oleh JAWI kerana khalwat dengan seorang pelakon wanita.


Aliff berkata dalam instagram storynya ; 


"Bukan ingin menegakkan benang yang basah, sekadar berkongsi kepada yang ingin mendengar, insya-Allah. 


Aliff Aziz Mohon Maaf



"Selebihnya saya memohon maaf atas apa yang terjadi dan semoga keterangan yang akan saya sampaikan nanti sedikit sebanyak dapat menerangkan tanggapan semua," katanya.


"Berdasarkan situasi yang berlaku semalam, terdapat banyak spekulasi dan laporan yang dibesar-besarkan mengenai apa yang sebenarnya berlaku.


"Tetapi saya juga faham tanggapan semua kerana keadaan itu sudah menimbulkan syak wasangka yang boleh menimbulkan fitnah. 


"Seharusnya keadaan yang dapat dielak akan tetapi saya akan memberikan keterangan mengenai apa yang berlaku sebenarnya nanti bagi mengelakkan lebih salah faham mengenai apa yang terjadi," katanya.

Previous Post Next Post