Sinopsis Drama Rindu Kasih 2

Drama viral yang cetuskan fenomena, Rindu kasih sudah memasuki musim kedua, Apa agaknya sinopsis drama rindu kasih 2 ni kan.

Masih dibintangi pelakon hebat seperti Ummi Nazeera dan Izzue Islam membuatkan jalan cerita dan feel drama ini masih belum luntur.

Mula ditayangkan pada 13 Februari 2024 yang lalu, drama ini kini mendapat tempat dalam kalangan penonton yang sentiasa menantikan siri kedua drama meruntun jiwa ini.

Korang tahu tak, 93% pencari di google memberi rating 5 bintang untuk drama ni tau.


Sinopsis Drama Rindu Kasih 2


Info

Untuk peminat drama, cerita ini mempunyai 20 episod keseluruhannya dan ditayangkan pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam di TV3. 

Penulis skripnya adalah K. Adlie dan Shaza Talib. apa agaknya sinopsis drama rindu kasih 2 ni kan. Tak sabar pula nak tahu permulaan siri kedua ini.

Bagi korang yang kali pertama tonton, karya ini mrupakan karya arahan Pali Yahya dan dibintangi pelakon hebat seperti; 


Izzue Islam sebagai Amir

Ummi Nazeera sebagai Salina

Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah

Dzul Hadziq sebagai Fayyad

Nafiz Muaz sebagai Hisyam

Ezzaty Abdullah sebagai Murni

Meor Mohd sebagai Iqbal

Shazia Rozaini sebagai Huda

Mimi Ernida sebagai Rita

Amyza Aznan sebagai Shida

Azman Jantan sebagai Hassan

Laila Nasir sebagai Khaty

Atoi Tohet sebagai Zaiful


Sinopsis Drama Rindu Kasih 2

Sinopsis 


Jom kita telusuri perjalanan sinopsis drama rindu kasih 2 yang menyambung kisah hidup Salina dan Amir.  Salina telah bebas daripada penjara dan dia nekad mahu bercerai dengan Amir. Pada masa yang sama dia akan teruskan hidupnya dan menjaga anaknya bernama Fayyad.


Selepas Salina dan Fayyad keluar dari rumah, Amir bersungguh-sungguh mencari salina dan anaknya itu. Dia nekad mahu salina dan anaknya kembali kepada dirinya. 


Ibu kepada amir dijatuhkan hukuman penjara atas apa yang di lakukan kepada Salina. Namun begitu, selepas keluar dari penjara, dia terus buru Salina untuk membalas dendam. Dia sanggu fitnah menantunya itu ada hubungan dengan hisyam.


Hisyam merupakan kekasih kepada Murni. 


Hidup dalam fitnah bukanlah dugaan besar bagi Salina. Namun apabila anaknya menghidap penyakit hati, hidupnya bertambah risau dan dia nekad mencari dana untuk kesembuhan anaknya itu.


Dapatkah Salina merawat Fayyad ? sama-sama kita tonton rindu kasih 2 di saluran TV3.


Previous Post Next Post